Jasad perempuan yang diketahui bernama Lim Ah Tee tersebut, meninggal pada 21 September 2013 setelah mengeluhkan rasa sakit pada dadanya. Perempuan berusia 42 tahun itu tidak diberikan rawatan sebelum meninggal.
Menurut pengakuan si suami, dirinya tidak membawa isterinya ke rumah sakit. Dia justeru memanggil anak lelakinya yang berusia 16 tahun ke rumah melihat isterinya.
Ketika tidak di rumah, lelaki itu terkejut melihat jasad si isteri yang sudah tidak bernyawa. Ketika ditemui, darah kelihatan keluar dari hidung perempuan tersebut.
Sedar isterinya sudah tidak bernyawa, lelaki itu membawa jasadnya ke bilik tidur. Dia melarang anaknya untuk memberitahu kepada orang lain.
Ketika mayat itu dibawa ke rumah sakit untuk bedah siasat, polis memastikan perempuan itu meninggal kerana sakit. Tidak ada bukti bahawa perempuan itu mengalami kekerasan.
Menurut anaknya yang berusia 16 tahun, ayahnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa ibu mereka sudah tiada. Beliau sering bercakap dengan mayat tersebut seolah-olah ibunya masih hidup. Semasa kedatangan pihak polis kerumahnya, mereka mendapati mayat isterinya berada di atas katil, dalam keadaan bersih serta berpakaian baru. Mereka diberitahu bahawa lelaki tersebut menukar pakaian isterinya hampir setiap hari. Bilik tersebut juga berbau wangi kerana disembur pewangi setiap hari untuk menghilangkan bau busuk dari mayat tersebut.