Seks Berlebih, Pemain Ini Kehilangan “Kesuburannya”

Yang namanya seks, apalagi berlebihan, memang selalunya lebih banyak mudarat berbanding manfaatnya. Bukti ini dialami sendiri oleh penyerang CSKA Moscow, Vagner Love, yang mengaku ketagih “making love” hingga dirinya mulai mandul di depan gawang lawan.

Vágner Love

Meski mengakui, pemain pasport Brazil ini mempunyai alasannya sendiri. Love mendedahkan, sebelum pulang ke Flamengo untuk kedua kalinya dari negeri Beruang Merah, Love merasa kesepian, tak ada teman, apalagi senegara atau sekurang-kurangnya pemain CSKA lain yang boleh berbahasa Portugis seperti dirinya.

Jadi, Love hanya mampu untuk menetap di rumah, jika tiada perlawanan yang dijadualkan atau sesi latihan. Kerana kesunyian Love seringkali mencari teman berhibur dan kemudian mengadakan hubungan seks.

Menurut ilmu kesihatan, yang namanya melakukan hubungan seks, boleh saja menyihatkan, namun Love ternyata ketagihan dan melakukan seks berlebihan,: “Apabila pergi ke Flamengo untuk kedua kalinya, saya merasa kesepian di Moscow,” aku Love, seperti petik RT.com, Minggu (17/2/2013).

“Saya tak punya kawan dari Brazil di pasukan. Saya pun minta izin untuk tetap berdiam di rumah, kerana sukar buat saya bergaul tanpa memahami bahasa (Rusia). Jelas tak banyak yang boleh dilakukan di rumah, jadi saya melakukan seks setiap masa. Saya rasa, kerana itulah, saya terlalu rileks dan tenang di atas padang, “katanya.

Ya, terlalu rileks dan tak garang lagi di hadapan gawang lawan. Buktinya, Love hanya mampu mengumpul 13 gol, di Flamengo, musim lalu sebagai pinjaman. Kini, pemain berusia 28 tahun itu sudah kembali ke CSKA. Tapi kali ini, Love tak sendirian lantaran CSKA mengambil pemain Brazil yang lain, Mario Fernandes.

Kembali ke Eropah Timur, Love merasa sama sekali tidak terganggu dengan cuaca sejuk di negeri bekas Kesatuan Soviet tersebut. Terlebih kerana gadis-gadis Rusia di persekitaran yang dianggap sebagai makhluk tercantik di muka bumi.

“Walaupun musim sejuk, rumah, restoran dan kedai-kedai di Rusia masih panas. Anda hanya akan mempunyai masalah apabila mereka berada di jalan-jalan. Bagaimanapun, saya suka gadis Rusia, mereka mempunyai wajah tercantik di dunia. Walaupun begitu, saya tidak sering dikaitkan dengan wanita Rusia, “kata Love.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.