Seks : Lakukan yang berKUALITI bukan KUANTITI

JANGAN pula ada lelaki yang menyorokkan kaki mereka selepas ini. Cerita atau lebih tepatnya mitos ini sebenarnya sudah lama popular di kalangan datuk nenek kita.

Tentang bahagian-bahagian tubuh tertentu lelaki seperti hidung, jari dan kakinya, yang dikaitkan dengan saiz zakar/penis. Lelaki yang mempunyai kaki yang besar tidak semestinya mempunyai alat kelamin yang juga besar. Teori itu tidak berasaskan saintifik.

seks-zakar

“Justeru, kebolehan meramalkan saiz penis dengan cara melihat saiz kasut yang dipakai oleh lelaki tidak lebih dari sekadar satu salah tanggapan. Bercakap tentang saiz penis, menjadi kebimbangan lelaki kalau-kalau mereka gagal memuaskan pasangan disebabkan oleh ‘peralatan’ dimiliki tidak mencapai standard yang diperlukan.

Sekalipun lelaki sedia maklum bahawa saiz zakar adalah berbeza di antara satu sama lain, namun, mitos tentang mempunyai penis yang besar adalah lebih berkuasa’ bagai satu tradisi dan tragedi. Bagi lelaki, saiz penis dan kaitannya dengan kepuasan seks wanita adalah satu isu besar. Sedangkan, ia menjadi satu masalah hanya kerana mereka merasakannya demikian.

Saiz zakar tidak memberikan kesan fizikal terhadap kepuasan seksual wanita kerana, faraj akan mempunyai kebolehan untuk mengubahsuai saiz penis. Senang cakap, besar tidak semestinya memuaskan. Ia tiada kena-mengena dengan kejantanan mahupun kepuasan seks.

Lelaki mungkin tersilap mentafsir saiz penis mereka kerana sering mendapatkan pemandangannya daripada atas. Kajian juga mendapati, rata-rata lelaki mempercayai bahawa penis mereka adalah lebih kecil berbanding saiz normal sedangkan mereka sebenarnya memang mempunyai saiz penis yang normal.

Apa pun, sukar untuk meyakinkan lelaki tentang kenyataan ini yang menurut mereka, tidak lebih sekadar menyedapkan hati mereka sahaja.

Bagaimana jika lelaki cuba beralih kepada faktor ketegaran ereksi?

Iaitu kebolehan penis membesar dan mengekalkan ketegangan/penegakan dalam jangka masa yang memadai untuk melakukan hubungan kelamin seterusnya mencapai kemuncak dan seks yang memuaskan untuk diri sendiri serta pasangannya. Terdapat kaitan yang kuat di antara ereksi yang tegar dengan kepuasan seks.

“Seks penting dalam perkahwinan. Baik lelaki mahupun wanita mempunyai pendapat yang sama tentang ketegaran ereksi dalam menjamin kepuasan seks.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.