Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H / 2013

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelma sehari lagi. Buat mereka yang akan memandu pulang hari ini kawal sikit mood raya tu, jangan pandu laju-laju. Selaju mana pun yang anda bawa tak kan dapat tayar belakang tu memotong tayar depan kenderaan yang anda bawa… bak kata pepatah “takkan lari gunung dikejar”… diharap berhati-hati dijalan raya. Pandu cermat jiwa selamat, ingat insan-insan tersayang yang sedang menunggu kepulangan anda dikampung tu…

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H - 2013

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, dan khususnya kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung-pengunjung yang mengenali atau tidak diri ini… Mohon dimaafkan jika selama ini terdapat salah dan silap secara sengaja atau tidak sengaja terhadap anda semua pembaca blog bestoneoffour yang tidak seberapa ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin… semoga kedatangan Syawal kali ini dirai dengan seribu kesyukuran bersama insan-insan tersayang… wassalam.
Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.