Stres Terus Membujang! Pemuda Cina Potong Anu Sendiri…

Seorang lelaki melakukan tindakan nekad setelah mengalami stres akibat masalah cinta. Lelaki tersebut merasa tertekan kerana terus membujang dan tidak juga mampu mencari pasangan. Merasa putus asa, Yang Hu, 26 tahun kemudian memutuskan untuk memotong alat kelaminnya sendiri. Menyesal kerana melakukan perbuatan nekad tersebut, lelaki malang ini cuba untuk menyambung kembali alat kelaminnya.

Seperti dipetik dari Daily MStres Membujang! Pemuda Cina Potong Lancau Sendiriail, salah seorang teman Hu yang tidak disebutkan namanya mengatakan bahawa Hu merasa sangat tertekan oleh fakta bahawa ia belum juga boleh mendapatkan seorang kekasih sejak ia pindah ke kota tersebut.

Hu berpendapat bahawa hari kerjanya yang terlalu panjang di sebuah kilang pakaian di Jiaxing, Zhejiang, China timur, merupakan alasan mengapa ia sukar untuk bertemu dengan gadis dan mendapatkan pasangan.

Merasa bahawa dirinya tak mungkin untuk mendapatkan seorang kekasih, Hu kemudian memutuskan untuk memotong sendiri alat kelaminnya kerana merasa tidak ada gunanya jika ia memilikinya.

Ia percaya jika ia memotong alat kelaminnya tersebut ia boleh berhenti untuk berfikir tentang cinta. Namun tak lama selepas meotong kelaminnya, Hu tiba-tiba saja menyedari bahawa apa yang telah ia lakukan adalah sesuatu yang salah dan berusaha menyambung kembali kelaminnya dengan pergi ke rumah sakit.

Sayangnya sewaktu pergi ke rumah sakit, Hu ternyata melakukan kesalahan yang boleh membawa maut. Dia pergi ke rumah sakit dengan menunggang basikal sehingga memburukkan pendarahan yang dialaminya. Selain itu Hu ternyata juga lupa membawa potongan alat kelaminnya sehingga harus kembali untuk mengambilnya. Selepas berjaya mengambil potongan alat kelaminnya dan sampai di rumah sakit untuk kedua kalinya, doktor mengatakan kepada Hu bahawa mereka tidak boleh menyambung kembali alat kelaminnya kerana tidak dialiri darah untuk masa yang terlalu lama.

Salah seorang teman Hu yang mengetahui kejadian ini mengkritik doktor dan rumah sakit yang membiarkan Hu pulang kembali mengambil potongan alat kelaminnya dengan berbasikal. Menurutnya, jika saja masa itu doktor meminta Hu untuk dihantar dengan ambulans maka Hu akan boleh tiba lebih cepat dan mungkin saja alat kelaminnya masih boleh diselamatkan.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.