Suami Izin Isteri Telanjang Untuk Kelendar Bogel

Setelah mendapat izin dari suami masing-masing akhirnya sekumpulan ibu-ibu pelajar disebuah sekolah di wilayah Montserrat, Sepanyol, memutuskan membuat kalendar bogel untuk dijual bagi mendapatkan dana membiayai bas sekolah anak-anak mereka.

Sekolah dengan jumlah murid 600 pelajar itu terpaksa memotong dana untuk perkhidmatan bas sekolah kerana peraturan kerajaan.

Mengikut peraturan itu kerajaan perlu menyediakan sebuah bas jika sekolah itu lokasinya lebih dari tiga kilometer. Salah seorang orang tua murid mengatakan mereka harus naik turun gunung setiap hari untuk menghantar dan menjemput anaknya di sekolah. Jarak sekolah mereka dari rumah kira-kira 6 kilometer.

perempuan telanjang

Mereka telah berjaya mengumpul RM12 ribu untuk bayaran bil perkhidmatan bas, termasuk gaji pemandu dan pengawas, hingga akhir masa sekolah Jun depan. Ibu-ibu itu berharap boleh menjual sebanyak 3,000 kalendar hingga akhir bulan ini. Mereka juga merancang membuat kalendar itu lagi tahun depan.

Tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.