Kekal Sihat Dengan Minum Air Kencing?

Dalam era zaman moden di mana orang ramai menggunakan pelbagai jenis produk kecantikan untuk kelihatan muda, ada juga manusia yang sanggup melakukan perkara jijik dan meloyakan, semata-mata kerana mahu mengelak diri dimamah usia.

Kekal Sihat Dengan Minum Air Kencing

Ia termasuk meminum air kencing sendiri kerana percaya najis tersebut mampu menjadikan seseorang itu awet muda dan penawar yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit.

Individu tersebut adalah warga emas, Mark Ambrose yang berusia 91 tahun. Dia yang bersekedudukan dengan teman wanitanya, Joyce yang berusia 85 tahun itu, akan meminumsegelas air kencing setiap hari.

Ambrose bagaimanapun tidak dapat menyakinkan Joyce untuk melakukan perkara sama. “Kami berdua mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Tulang belakang saya mengalami kerosakan yang teruk manakala Joyce pula berdepan dengan masalah sakit lutut, mata dan penyakit lain yang dialami oleh orang tua,’’ kata Ambrose.

Selepas mendapat penyakit itu, Ambrose telah membuat kajian di internet dan dia kemudiannya menemui terapi air kencing.

Setelah usaha untuk menyembuhkan penyakit tulang belakangnya dengan doktor menemui kegagalan, dia beralih kepada air kencing, sejak tiga tahun lalu.

Pada mulanya, kata Ambrose, dia hanya merasa sedikit air kencingnya selama beberapa hari sebelum mempunyai keberanian untuk minum dalam sukatan yang lebih besar.

Bagi menghilangkan rasa air kencing dalam mulutnya, dia akan makan buah anggur atau berkumur dengan air.

Selain meminum air kencing itu, dia juga menyapunya ke muka, tangan dan kaki, kelopak mata serta telinga kerana percaya najis itu mampu mengatasi masalah kesihatan dengan efektif.

Lelaki ini rasa hidup selesa tinggal di tanah perkuburan

Lelaki ini yang telah hidup selama 15 tahun di sebuah perkuburan di Serbia. Bekas pekerja pembinaan ini kehilangan rumahnya setelah tidak dapat membayar hutang-hutangnya.

Bratislav stojanovic (43), mengatakan ia merasa lebih selesa di tanah perkuburan berbanding tinggal di jalanan. Setelah memberikan sedikit ubahsuai pada kuburan tersebut, dia benar-benar merasa seperti di rumah. “Ini memang bukan istana tapi lebih selesa daripada jalanan,” katanya lagi.

Sebelum tinggal di sini, Stojanovic hidup di jalanan selama beberapa bulan. Sekarang pekerjaannya hanya keluar masuk kuburan untuk mencari makan.

Dia mengatakan hidup dengan orang mati tidak menakutkan. “Pada awalnya memang menakutkan, tapi saya sudah terbiasa,” ucapnya. Dia menambahkan dirinya sekarang lebih takut pada orang hidup daripada orang mati.

“Setiap kali keluar saya memeriksa apakah ada orang lain di luar, saya biasanya menakuti mereka,” ujarnya. Dia mengatakan orang-orang sekeliling sangat bersimpati dengannya sampai-sampai ada yang sering memberikan dia makanan atau pakaian.

“Tidak menakutkan hidup di kuburan, yang mati biarlah mati, saya lebih takut kelaparan,” …“Dan bila saya mati, setidaknya saya berada di tempat yang tepat,”

Bratislav Stojanovic 1

Bratislav Stojanovic 2

Bratislav Stojanovic 3

Saya mengalami kesukaran membuang air kencing dan sakit di bahagian rahim. Doktor telah sahkan bahawa terdapat ketumbuhan yang bersaiz 4.8mm di bahagian rahim saya. Doktor menasihatkan supaya melakukan pembedahan untuk membuang ketumbuhan itu. Saya enggan menjalani pembedahan pembuangan itu dan berikthiar untuk mencuba alternatif lain. Cellfood telah… Baca Lagi