Main dengan isteri orang, zakar lelaki ini memanjang kemudian meninggal

Jangan main api jika tidak mahu terbakar, jangan selingkuh dengan isteri orang jika tidak ingin celaka. Berita ini mungkin aneh, tapi nyata. Seorang lelaki dari Zvishavane, Zimbabwe dikatakan meninggal kerana alat kelaminnya memanjang hingga paras lutut. Keanehan itu terjadi setelah lelaki tersebut selingkuh dengan isteri orang lain.

Main dengan isteri orang, zakar lelaki ini memanjang kemudian meninggal

Diambil dari brimtime.com, seorang lelaki dari Zvishavane, Wilayah Midlands, Zimbabwe menghembuskan nafas terakhirnya di hospital United Bulawayo.

Dia meninggal kerana alat kelaminnya memanjang secara misteri. Berita yang beredar dari rumah sakit menyebutkan bahawa lelaki tersebut berhubungan intim dengan isteri ketua kampung. Kerana si isteri sudah ‘dipagari’ secara ghaib oleh ketua kampung, maka petaka akan datang pada sesiapa yang berhubungan intim dengan wanita tersebut.

Dipercayai kena ilmu hitam

Dalam sistem tradisional di Zimbabwe, perlindungan ghaib itu bernama Runyoka, boleh dilakukan suami isteri terhadap pasangannya. Tujuan perlindungan agar suami atau isteri tetap setia. Jika mereka yang sudah dipagari dengan Runyoka nekad selingkuh dan berhubungan intim, maka akan ada penyakit misteri yang akan menimbulkan kematian.

Pihak rumah sakit sudah berusaha menyelamatkan sang lelaki, sayang nyawanya tidak dapat diselamatkan. “Sebelum meninggal, lelaki itu mengaku sudah tidur dengan isteri Kepala Desa dan menyesalinya. Dia sudah diperingatkan untuk menjauh dari wanita itu tetapi gagal. Perawat cuba membantu dia tetapi tidak berjaya,” ujar seorang sumber yang tidak disebutkan namanya.

P/S: Dengan atau tanpa perlindungan ghaib, sesungguhnya kesetiaan adalah satu perkara yang harus dijaga semua orang, terlebih lagi untuk suami atau isteri.

Gara-gara terlalu mabuk, lelaki Taiwan potong alat kelaminnya sendiri

Gara-gara terlalu mabuk, seorang lelaki Taiwan tak sedar apa yang dilakukannya. Selepas bertengkar dengan kekasihnya, lelaki berusia 46 tahun dari Kota Jilong di Taiwan itu memotong zakar dan testisnya dengan gunting. Beliau kemudiannya mengepam potongan kelaminnya itu ke dalam tandas.

potong-kemaluan

Kekasihnya, yang tak disebutkan namanya itu hanya boleh pasrah melihat kerenah teman lelakinya yang sedang mabuk. Namun, si wanita bergegas menolong kekasihnya dengan membawanya ke rumah sakit.

Menurut laporan, selepas memotong, kelamin si lelaki hanya tinggal 3 sentimeter (cm). Namun lelaki tersebut masih boleh buang air kecil seperti dipetik dari TheStar.

Setelah sedarkan diri, si lelaki tidak tahu dengan apa yang dilakukannya. Dia panik dan menjerit. Sementara teman wanitanya dilihat sedang berdoa di luar.

Seperti diketahui, seseorang yang mabuk biasanya tak sedarkan diri. Mabuk boleh disebabkan tubuh yang diracuni alkohol terlalu banyak. Semasa minum berlebihan itulah seseorang akan mengalami gangguan sistem saraf pusat.