Sudah Berkahwin 2 Kali Tapi Belum Pernah Berhubungan Seks

Seorang wanita berbangsa Australia, Maria Loise, 51 tahun mengaku belum pernah berhubungan seks walaupun telah berkahwin dua kali dalam hidupnya.

Maria awalnya mengaku komited dengan si teman lelaki, John yang usia 12 tahun lebih tua untuk tidak bercinta sebelum berkahwin. Tapi selepas berkahwin, Maria dan si suami justeru merasa bahagia berdua dan keduanya sepakat untuk tidak mempunyai anak.

berhubungan seks

“John adalah orang yang setia, ia percaya seks hanya simbol saja. Sedangkan kebahagiaan tidak harus tidur bersama. Awalnya aneh, tapi saya menjalaninya,” kata Maria.

Tapi bertahun-tahun hidup tanpa berhubungan seks, menjadi bumerang sendiri baginya. Ia jadi mengecewakan dan mula bertemu dengan Carol, seorang lelaki yang bekerja di kedai miliknya.

Pada 1987, Maria akhirnya rasmi bercerai dengan John dan menjalin hubungan dengan Carol. Tapi sekali lagi, kedua-duanya mengaku terlalu bahagia sehingga tidak pernah berhubungan seks.

Pada 1995, Carol sakit teruk akibat penyempitan saluran darah di jantung. Tanpa berfikir panjang, Carol yang semasa itu berusia 60 tahun meminta Maria yang berusia 38 tahun untuk berkahwin. Dan jelas maria menerimanya. Dan keduanya memutuskan untuk menetap di Perancis dan lagi-lagi tanpa berhubungan seks.

Pada 2005, Carol menderita stroke dan bertemu dengan doktor suaminya, Dr Timotee. Seperti kisah dalam filem, Maria berpisah dengan suaminya dan mula menyukai doktor yang pernah menjaga suaminya. Setelah beberapa kali bertemu, maria mengaku akhirnya berkahwin dan berhubungan seks dengan doktor tersebut.

Tanda-tanda anda mungkin belum bersedia menjadi isteri

Belum juga berkahwin? Mungkin si dia melihat anda kurang berpotensi sebagai isteri. Keinginan untuk berkahwin bukan satu-satunya alasan agar boleh terus merasmikan hubungan. Banyak perkara yang mesti difikirkan sebelum berkahwin, salah satunya adalah sudah selayaknyakah anda menjadi isteri?

isteri tak guna

1. Kurang bertanggungjawab
Kebanyakan lelaki kurang bertanggungjawab dengan banyak perkara dan mereka pun menyedarinya. Oleh kerana itu, lelaki akan mencari wanita yang boleh lebih bertanggung jawab. Jika anda orang yang masih sering cuai dan masih keanak-anakan sebaiknya tangguhkan perkahwinan. Perkahwinan akan berjalan lebih lancar bila ada isteri yang lebih bertanggung jawab..

2. Tidak ada rancangan
Perkahwinan memerlukan pelan matang di masa hadapan. Jika anda hanya menikmati hari demi hari yang anda jalani ketika ini, melepak bersama kawan-kawan sampai pagi dan membeli barang-barang mahal tanpa menyimpan, maka kebiasaan ini boleh berterusan sehingga ke kehidupan perkahwinan nanti. Ketika berkahwin anda perlu ada rencananya yang panjang dan bertanggung jawab kepada suami. Sudah siapkah anda kehilangan masa bergaul hingga pagi dengan rakan-rakan dan lebih banyak menabung? Jika jawapannya tidak lagi, anda tidak perlu berkahwin tergesa-gesa.

3. Takut komitmen
Tidak hanya lelaki, wanita pun punya masalah dengan komitmen. Takut perkahwinan gagal atau trauma di masa lalu menjadi alasan mengapa wanita takut akan komitmen. Bila anda takut komitmen dan melakukan perkahwinan kerana paksaan, maka kehidupan ke depannya boleh tidak membahagiakan. Sebaiknya ‘sembuhkan’ dulu ketakutan anda, baru melangkah ke arah yang lebih serius.

4. Masih sering mengoda
Jika anda masih sering mengoda lelaki lain, itu tanda anda belum serius menjalani hubungan dengan kekasih. Jangan ambil keputusan untuk berkahwin ketika anda masih ingin bermain-main dengan cinta.

5. Benci dengan anak kecil
Selepas perkahwinan tentu tujuan selanjutnya adalah memiliki anak. Jika anda tidak menyukai anak kecil dan merasa mereka merupakan makhluk yang mengganggu, tentu itu tanda anda belum bersedia jadi ibu. Ketika bersedia untuk menjadi isteri maka anda harus juga bersedia menjadi seorang ibu.