‘Buah zakar saya pecah kerana kerap Onani, apakah penyelesaiannya?’

Doktor, apa yang membuat buah zakar boleh pecah? Buah zakar saya pecah sebelah (dulu saya sering onani). Tapi baru ketahui pecah kira-kira setengah tahun yang lalu.

Yang ingin saya tanyakan adalah apa zakar yang pecah boleh normal kembali? Dengan cara bagaimana? Dan apakah akan mempengaruhi kesuburan atau tidak? Memandangkan 2 bulan lagi saya akan berkahwin. Satu lagi, apakah benar laki-laki yang pakai seluar dalam ketat boleh membuat sperma tidak subur aka mandul? Mohon jawabannya Doktor, Terimakasih.

buah zakarJawapan

Masih belum jelas apa yang anda maksudkan dengan ‘buah zakar pecah’. Dalam perspektif perubatan yang boleh terjadi adalah buah zakar yang meradang (orchitis), buah zakar yang membesar (hypertrofi testis) kerana tumor atau akibat hernia scrotalis, buah zakar yang mengecil (atrofi testis atau micro testis). Buah zakar yang pecah, dalam pengertian terkoyak, terjadi akibat luka tusukan atau kecederaan ringan disebabkan kemalangan.

Kesuburan lelaki bergantung pada jumlah, bentuk dan motiliti (pergerakan) sel spermatozoa. Walaupun berlaku ganjil bentuk buah zakar anda, bila jumlah, bentuk, motiliti spermatozoa anda masih normal, dan sel telur calon isteri anda baik, tetap akan menyuburkan kehamilan.

Seluar dalam terlampau ketat, mandi sauna terlampau lama, mencetuskan risiko suhu tinggi yang tidak selesa untuk kesuburan spermatozoa lelaki. – detikhealth

p/s: 😆 Hahaha… soalan pecah kepalo macam ni pun adooo.

Baca ini dulu! Calon isteri atau ibumu?

Seorang pemuda datang melamar wanita cantik dan kaya, akhirnya terjadilah kesepakatan. Namun tatkala si wanita mengetahui kerjaya ibunda si lelaki, maka si wanita memberi syarat, “pada waktu majlis pernikahan, ibumu tidak boleh datang”

Calon isteri atau ibumuSetelah berfikir, demi untuk merealisasikan perkahwinannya, si pemuda dengan terpaksa menyetujuinya. Namun sebelumnya ia menemui salah seorang guru agamanya untuk meminta pendapatnya

Si guru bertanya, “apa pekerjaan ibumu?

“Aku ditinggalkan, ayahku mati ketika umurku 1 tahun, akhirnya untuk membesarkanku, ibuku bekerja sebagai tukang cuci pakaian dan dia berjaya menghantar saya sampai jadi sarjana”. Jawab pemuda itu.

“Begini, hari ini kau pulang, dan kau cuci kedua tangan ibumu, besok kau kembali lagi kesini, aku akan beri pendapatku” jawab sang guru.

Pulanglah pemuda itu, dan dia mendekati ibunya dan mencuci kedua tangannya, dia melihat begitu kasarnya tangan ibunya, ada bekas2 luka dan kulit yg terkelupas, ia melihat keadaan itu sambil mencucurkan air mata.

Dan akhirnya ia tidak tahan untuk menunggu hari esok, dia berjumpa lagi dengan sang guru dan si pemuda berkata;

“AKU TIDAK AKAN MENGORBANKAN BONDAKU UNTUK SIAPAPUN DAN TAK AKAN MENIKAHI WANITA ITU”.

Ramai di kalangan kita yang sering melupakan budi baik ibu kita. Demi kenikmatan duniawi

Maka masanya untuk mencuci kedua tangan ibu kita yg selalu membelai kita dan membersihkan kita, Kerana suatu hari belaian itu akan pergi dan kau akan kehilangan tiket masuk surgamu …

Alangkah bahagianya ibu kita ketika kita telah berjaya dan tidak lupa untuk membahagiakan beliau, jaga ibu bapa anda sekalian .. kerana tanpa mereka anda belum tentu boleh seperti sekarang.