Curang itu indah, tapi Hentikanlah..!!!

Masalah curang memang tidak semestinya berlaku pada pasangan yang sudah berkahwin. Mereka yang baru berikrar dalam hubungan bercinta pun seringkali terjerat dalam masalah yang rumit ini. Benarkah?

Curang itu indah

“Benar. Masalah kecurangan memang mudah sekali terjadi dalam sebuah hubungan, baik hubungan perkahwinan ataupun berkasih. Sama ada hubungan yang telah dibina sekian lama ataupun hubungan yang baru saja dibina. Ini ini disebabkan beraneka ragamnya faktor-faktor yang datang silih berganti, ditambah lagi dengan kehadiran pihak ketiga yang amat memikat dan memberikan daya tarikan yang luar biasa.

Tahap bercinta merupakan tahap di mana seorang lelaki mengenal pasangannya lebih dekat dan lebih dalam lagi. Dalam tahap ini ada pernilaian dari kedua belah pihak dan harus ada komitmen yang kuat dalam membina hubungan yang serius. “Tentunya untuk mengelakkan kecurangan diperlukan hubungan yang sihat.

Untuk mewujudkan hubungan yang sihat itu tentu saja tidak sukar. Asalkan pasangan harus mahu memberikan ruang satu sama lain dengan tidak mengongkong, menjaga kepercayaan dan komitmen, dan tidak ada keinginan dari salah satu pasangan untuk menyeleweng.

Curang memang tidak hanya dilakukan kaum lelaki. Terkadang wanita pun tak lepas dari masalah ini. Agar kejadian tersebut tidak menimpa anda, senantiasalah menanamkan sikap memberi perhatian yang sesungguhnya dan bukan hanya rutin, memberi keyakinan untuk menjaga cinta yang ada dan tidak selingkuh, pengertian dari kedua belah pihak, tidak selalu bertengkar dalam mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah, tidak ego dan tidak posesif, serta tidak tertarik dengan wanita atau lelaki lain. 

Al Manna Gum Arabic

Banyak Tonton Video Lucah, Dorong Suami Anda Selingkuh

Beberapa kajian mendedahkan sesekali pasangan suami isteri dapat memanfaatkan video lucah untuk menyemarakkan kehidupan seksual atau membantu mengembalikan ghairah bercinta mereka. Tapi waspada jika suami mula suka menikmati video porn sendirian kerana satu kajian baru mendedahkan kebiasaan ini dapat mendorongnya untuk curang.

video seksPenyelidik mendapati bahawa semakin sering seorang lelaki menonton video porno maka semakin besar peluangnya untuk berselingkuh dari pasangannya. Perkara ini senada dengan penemuan kajian sebelumnya yang menunjukkan bahawa lelaki yang berselingkuh tiga kali lebih mungkin menonton video seks secara rutin.

Lalu apa kaitanya? “Pornografi menawarkan idea pada lelaki agar dapat mengakses hubungan seksual yang bebas dan tanpa batasan dengan sesiapa pun, terutama dengan orang lain yang boleh jadi jauh lebih atraktif dari pasangannya sendiri,” terang penyelidik A. Marlea Gwinn dari University of Central Florida seperti dilaporkan dari menshealth.

“Meskipun anda menyedari jika apa yang dipaparkan dalam video seks itu tidaklah semulajadi, tapi gambar-gambar berahi yang ada menguatkan gagasan ada begitu banyak pasangan ‘alternatif’ yang lebih menarik dan patuh pada anda berbanding pasangan rasmi anda,” tambahnya.

Bahkan menurut Gwinn, gambar-gambar seks tersebut juga lebih memfokuskan diri anda dalam proses pembiakan dan naluri anda untuk membiak justeru lebih banyak digambarkan ketika anda bercinta dengan beberapa pasangan seksual berbanding ketika bersama pasangan rasmi anda.

“Jadi sebelum terlambat, pastikan anda tahu keadaan diri anda. Jika anda lebih banyak menghabiskan masa untuk membuka laman-laman seks daripada biasanya, inilah masanya untuk mengurangkan kecenderungan itu,” saran Rob Weiss, seorang ahli terapi ketagihan seks disahkan dan pengarah bahagian perkhidmatan gangguan seks dan keintiman di Elements Behavioral Health.

Pertama, Weiss mengesyorkan agar anda cuba mengelakkan laman atau gambar seks selama dua minggu. Dua minggu kemudian, barulah anda boleh menentukan target berapa kali anda boleh membuka laman web seks atau melihat-lihat gambar erotis, entah itu sekali dalam seminggu atau satu kali dalam sebulan.

Jika saat itu anda menyedari tak boleh lepas dari kebiasaan itu, Weiss menyarankan agar anda menggunakan software khusus untuk menyekat laman-laman web tertentu atau memberitahu rakan-rakan anda jika sewaktu-waktu anda melanggar target itu agar anda ditegur dan berhenti melakukannya.

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Social, Psychological and Personality Science.