Wanita dengan Kehidupan Seksual Memuaskan, Lebih Sehat Ketika Tua

Close-up portrait of a mature couple smiling and embracing.Kehidupan seksual seseorang yang memuaskan dapat menunjukkan kualiti kehidupan yang lebih baik di masa tua. Kajian menunjukkan bahawa wanita yang merasa puas akan kehidupan seksualnya, akan mempunyai proses penuaan yang lebih sihat.

Penyelidik mengumpul maklumat dari 1,200 wanita di San Diego yang berusia 60 hingga 89 tahun dan mendapati bahawa sekitar 67 peratus daripada peserta yang berusia 60-69 tahun mengaku mempunyai hubungan seks yang baik.

Kepuasan terhadap kehidupan seksual, juga dirasakan oleh 60 peratus daripada peserta yang berusia 70-79 tahun dan 61 peratus daripada peserta yang berusia 80-89 tahun.

“Sebelum ini telah dilakukan banyak kajian yang menyatakan bahawa seiring bertambahnya usia wanita, kepuasan seksual akan meningkat. Tetapi ternyata hubungan ini juga berlaku sebaliknya pada wanita,” kata Wesley K. Thompson, penulis kajian dari Research on Aging di University of California San Diego School of Medicine.

Kehidupan seksual yang memuaskan, membuat proses penuaan pada wanita menjadi lebih sihat. Walaupun tahap aktiviti seksual sangat berbeza antara wanita yang satu dengan yang lain, perkara ini juga bergantung pada usia wanita dan kualiti hidup yang dirasakan.

Kajian ini diterbitkan dalam Journal of American Geriatrics Society, seperti dipetik Everyday Health, Khamis (28/2/2013).

“Wanita akan mengalami penuaan yang sihat dan terhindar dari risiko pelbagai penyakit jika mempunyai kehidupan seksual yang memuaskan. Sehingga wanita yang tetap dapat mengekalkan keupayaan seksualnya hingga usia tua, akan mempunyai masa tua yang lebih sihat,” kata Thompson.

Perkara ini terutama berlaku bagi orang dewasa yang lebih tua yang boleh mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Keadaan fizikal dan mental yang sihat dapat mempromosikan kepuasan seksual dan meningkatkan kualiti kehidupan di usia tua. Sealin itu, wanita yang puas terhadap kehidupan seksualnya juga akan mempunyai keadaan psikologi yang baik masa tua. – detikhealth

Ketagihan Aneh, Remaja Ini Suka Makan Deodoran

Deodoran biasanya digunakan di bahagian ketiak untuk mencegah bau badan. Namun seorang remaja yang mempunyai ketagihan aneh justeru lebih suka memakan deodorannya.

Semacam ingin menghilangkan bau badan dari dalam tubuh, Nicole, remaja 19 tahun dari New York City mempunyai ketagihan aneh dengan suka memakan deodoran. Tidak hanya deodoran yang berbentuk stick, tetapi juga deodoran jenis spray.

Ketagihan Aneh, Remaja Ini Suka Makan Deodoran

Setiap hari Nicole rajin mengerok stick anti bau badan ini dengan penutup bungkusan dan memasukkan ke dalam mulutnya. Kadang-kadang beliau juga menyemburkan deodoran spray terus ke lidahnya atau ke hujung jari yang kemudian dijilatnya.

Dalam sehari dia boleh menghabiskan setengah bungkusan stick deodoran atau sekitar 15 stick deodoran dalam sebulan. Dan sejak mula ketagihan 2 tahun lalu, ia sudah melahap hampir 360 deodoran.

“Ini benar-benar lembut, terasa meleleh di mulutku. Deodoran punya rasa unik tersendiri,” ujar Nicole kepada HuffPost TV, seperti dilaporkan Selasa (26/2/2013).

Setelah memakan deodoran, Nicole mengaku mulutnya menjadi kering. Tetapi di saat yang sama, mulut masih boleh mengeluarkan liur dan membuat dirinya semakin ketagih.

Ada banyak jenis deodoran yang biasanya dibezakan dengan aroma atau fungsi tambahan lain. Tapi menurut Nicole, setiap deodoran memiliki rasa yang berbeza, dan yang menjadi kegemarannya adalah deodoran stick ‘richer tasting’.

Meski mempunyai ketagihan tak munasabah, namun sehingga kini keadaan tubuh Nicole masih sihat-sihat saja. Ia tak pernah mengeluh adanya gangguan pencernaan atau gangguan lain. Tapi tak dinyatakan apakah dia sudah pernah berunding dengan doktor atau belum. – detik.health