Ok Tidak! Pelajar 11 Tahun Hamilkan Wanita 36 Tahun

Berita mengejutkan datang dari negara New Zealand. Seorang anak laki-laki berusia 11 tahun sudah menjadi ayah. Dia mengaku telah melakukan hubungan intim dengan wanita berusia 36 tahun. Kes ini mengubah dan menunjukkan kurangnya perlindungan dan perhatian kepada kanak-kanak dan laki-laki yang menjadi mangsa penderaan seksual. 

Ok Tidak! Pelajar 11 Tahun Hamilkan Wanita 36 Tahun

Diambil dari laman The Weekend Herald, seorang anak laki-laki yang tidak disebutkan namanya mengaku bahawa dia sudah berhubungan intim dengan ibu teman sekolahnya. Anak tersebut mengaku pada pengetua sekolah di salah satu kawasan Auckland Selatan, New Zealand. Pengakuan itu sangat mengejutkan kerana anak laki-laki itu melakukan hubungan intim dengan paksaan dan di luar kesedaran.

Kejadian ini berlaku pada bulan April tahun lalu. Wanita tersebut mengajak anak laki-laki yang pada waktu itu masih berusia 11 tahun ke rumahnya. Dia merayu kepada pelajar tersebut agar ponteng kelas. Setelah sampai di rumah, wanita itu memberikan arak sebelum akhirnya berhubungan layaknya suami isteri. Kejadian itu terus berulang beberapa bulan kemudian, hingga wanita itu hamil.

Ketika ini, kanak-kanak tersebut sudah berusia 12 tahun dan sudah menjadi ayah. Kes ini sedang dalam siasatan pihak polis, berkaitan masalah gangguan seksual pada kanak-kanak di bawah umur. Kanak-kanak ini dan bayinya sedang dalam rawatan dan pengawasan kerajaan tempatan.

Jika anda bertanya-tanya bagaimana budak 11 tahun sudah boleh menjadi ayah, anak-anak di masa kini mengalami akil baligh lebih cepat. Mereka boleh menghasilkan sperma dan sel telur di usia yang lebih muda dibanding beberapa tahun yang lalu. Jika 20 tahun yang lalu rata-rata anak laki-laki baligh di usia 13 – 14 tahun, rata-rata anak laki-laki masa ini sudah baligh di usia 10 – 11 tahun, bahkan 9 tahun.

Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun telah melahirkan seorang bayi perempuan, kata pihak berkuasa tempatan dan anggota keluarga kanak-kanak berkenaan semalam. Bayi perempuan itu telah dilahirkan pada 27 Januari di Zoquipan Hospital, Zapopan, barat Mexico.

Kanak-kanak sembilan tahun lahir anak di Mexico

Ibu gadis itu, yang dikenal pasti hanya sebagai Dafne, memberitahu “kanak-kanak perempuan itu berusia lapan tahun semasa dia mula hamil. Bapa bayi yang dilahirkan itu pula merupakan seorang remaja berusia 17 tahun. Namun, kami masih tidak dapat menemuinya kerana dia telah melarikan diri,” kata ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan.

Seorang pegawai di pejabat pendakwa raya daerah, Jorge Villasenor berkata, pihaknya sedang memburu remaja lelaki itu.

Menurutnya, cerita sebenar perlu diketahui daripada remaja lelaki itu bagi mengetahui sama ada dia hamil kerana dirogol atau disebabkan penderaan seks.