Malu Saiz Payudara Kecil

Saya berumur 24 tahun dan pada tahun hadapan saya akan berkahwin. Berat saya 51kg dan ketinggian 158 sentimeter. Walaupun saya berumur 24 tahun, saya berasa sangat malu kerana payudara saya sangat kecil.

saiz payudara kecil

Saya tahu kebanyakan lelaki tertarik dengan rupa paras dan bentuk badan seseorang perempuan. Saya segan selepas berkahwin nanti suami akan mengkritik mengenai saiz payudara saya yang sangat kecil.

Apakah cadangan atau nasihat puan? Adakah cara untuk membesarkan sedikit saiz payudara secara semula jadi tanpa mengambil sebarang pil? Ini kerana saya takut ubat-ubatan boleh mendatangkan kesan negatif seperti kanser payudara.

Stella, Kuala Lumpur.

Berhati-hati dengan ubat mahupun produk membesarkan payudara kerana ia mungkin mengandungi hormon yang boleh merangsang kanser payudara. Anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan saringan doktor terlebih dulu.

Adakah anda mengalami kitaran haid yang teratur? Bagaimanakah dengan jumlah pendarahan haid anda? Ini mungkin dapat memberi maklumat tambahan punca payudara anda kecil.

Dalam kebanyakan kes, tiada keabnormalan didapati, saiz payudara lebih berkait dengan keturunan. Apa pun, perkembangan sepenuhnya payudara dapat diketahui atau dilihat apabila anda hamil kelak akibat rangsangan hormon kehamilan.

Pengeluaran susu badan juga tidak bergantung kepada saiz payudara. Ini diharap dapat melegakan sedikit kebimbangan anda. – myMetro

Tato, Penghias Tubuh Wanita Tanpa Payudara

Kehilangan payudara kerana kanser boleh jadi masa yang paling sukar bagi seseorang wanita. Tapi kini wanita-wanita tanpa payudara ini telah menjalani mastektomi kembali berkeyakinan dengan menghias tubuhnya dengan tato menakjubkan.

kanser payudara

Kelly Davidson, survivor kanser ini melukis bekas tempat payudaranya dengan gambar peri dan rama-rama. Wanita berusia 34 tahun ini 3 kali diserang kanser. Hodgkin s lymphoma menyerangnya di usia 11 tahun, kanser payudara di usia 28 tahun, yang membuatnya kehilangan kedua payudaranya. Dua tahun lalu giliran kanser tiroid yang menyerangnya.

kanser payudaraWanita ini melukis bekas pembedahan di dadanya dengan gambar yang penuh.

kanser payudara

Tato mastektomi berbentuk burung Helang

kanser payudara

Tato mastektomi berbentuk Bunga