Demi menamatkan penderitaan kanser, suami tembak payudara isteri

Rasa sakit yang tak tertahan membuatnya meminta suami tercinta melakukan sesuatu dan tidak sanggup melihat penderitaan isterinya yang menghidap kanser payudara. Lelaki ini nekad meraih pistol dan mengarahkan ke dada si isteri, lalu menarik picunya.

Tembak Payudara Isteri Demi Redakan Sakit Kanser

Lelaki bernama Ernest Chris Chumbley ini ditangkap polis kerana tuduhan melakukan pembunuhan terhadap wanita yang telah dinikahinya selama 20 tahun. Selesai menamatkan penderitaan si isteri, lelaki berasal dari London ini menelefon polis, meminta untuk ditangkap.

“Hello. Saya baru saja menembak isteri saya, saya ingin ditangkap,” katanya kepada operator telefon seperti yang dinyatakan Medical Daily.

Di balik penjara Laurel County, Kentucky, AS, lelaki berumur 48 tahun ini mengatakan bahawa tindakan yang dilakukannya pada hari Rabu (28/8/2013) lalu bukanlah pembunuhan. Dia semata-mata memenuhi keinginan si isteri untuk menghentikan rasa sakit akibat kanser payudara.

“Dia mengatakan dia ingin saya mengakhiri rasa sakitnya. Saya berkata, ‘Jay, yang saya punya adalah apa yang diberikan doktor kepadamu’. Dia berkata ‘tidak, saya ingin kau menghentikan rasa sakit ini untuk selamanya’,” kata Chumbley.

Menurut jiran Chumbley dan isterinya yang bernama Virginia dilihat saling mencintai dan harmonis selama bertahun-tahun. Mereka juga mengakui bahawa penyakit kanser yang dideritai tubuh Virginia membuat wanita tersebut amat kesakitan.

“Dia benar-benar amat kesakitan. Kita boleh mendengar di malam hari sepertinya dia susah untuk bernafas,” kata jiran terdekat, Stanley Campbell.

Walau berkeras mengaku tidak bersalah atas tuduhan pembunuhan, Mahkamah Negeri Laurel County tetap menjatuhkan Chumbley dengan hukuman penjara dengan jaminan US $ 200,000 tunai.

“Saya hanya melakukan apa yang dia minta. Dan saya tidak akan meminta perkara yang berbeza darinya jika saya yang bertanya kepadanya,” kata Chumbley.

Gilbert Acciardo, pegawai polis dari Laurel County mengaku tengah menyiasat kes ini. Pihaknya juga telah menemubual beberapa saksi. Namun dia mengiyakan bahawa pegawai tidak mengalami kesulitan ketika menangkap Chumbley selepas menembak isterinya.

Curahan hati Angelina Jolie Selepas Tiada Payudara

Selepas memutuskan untuk membuang kedua payudaranya (mastektomi), kini Angelina Jolie mencurahkan isi hatinya di majalah Time. Dalam edisi Time tersebut, Jolie bercerita tentang dirinya yang menjalani ujian genetik.

Angelina Jolie

“Ibu saya berjuang melawan kanser selama hampir sepuluh tahun dan meninggal pada usia 56 tahun,” tulis Angelina Jolie seperti dipetik Sheknows.

Jolie merasa sedih ketika melihat ibunya menahan diri untuk memeluk cucunya. “Jadi anak saya juga seperti tidak mempunyai peluang untuk mengenalnya dan mencintainya”.

“Setelah saya tahu bahawa ini adalah jalan hidup saya, saya memutuskan untuk menjadi proaktif dan seboleh mungkin mengurangkan risiko kanser payudara,” ujarnya.

Tidak hanya itu. Jolie juga menulis kalau dirinya selalu mengatakan kepada keluarganya untuk tidak bimbang. Tapi sebenarnya Jolie juga tahu kalau dirinya membawa gen BRCA1 (sel pembawa kanser) yang sangat berisiko terhadap kanser payudara dan kanser ovari.

“Saya mempunyai peluang 87 peratus terkena kanser payudara dan 50 peratus risiko kanser ovari,” jelasnya.

Jolie mengakui ingin menuliskan perkara ini kerana ingin memberitahu wanita lain bahawa keputusan untuk memiliki mastektomi tidak mudah.

“Tapi dengan mastektomi, kesempatan saya terkena kanser payudara menurun dari 87 peratus menjadi di bawah 5 peratus. Saya juga memberitahu anak-anak saya bahawa mereka tidak perlu takut kehilangan saya kerana kanser payudara,” tulisnya.