Tato, Penghias Tubuh Wanita Tanpa Payudara

Kehilangan payudara kerana kanser boleh jadi masa yang paling sukar bagi seseorang wanita. Tapi kini wanita-wanita tanpa payudara ini telah menjalani mastektomi kembali berkeyakinan dengan menghias tubuhnya dengan tato menakjubkan.

kanser payudara

Kelly Davidson, survivor kanser ini melukis bekas tempat payudaranya dengan gambar peri dan rama-rama. Wanita berusia 34 tahun ini 3 kali diserang kanser. Hodgkin s lymphoma menyerangnya di usia 11 tahun, kanser payudara di usia 28 tahun, yang membuatnya kehilangan kedua payudaranya. Dua tahun lalu giliran kanser tiroid yang menyerangnya.

kanser payudaraWanita ini melukis bekas pembedahan di dadanya dengan gambar yang penuh.

kanser payudara

Tato mastektomi berbentuk burung Helang

kanser payudara

Tato mastektomi berbentuk Bunga

Aku Tidak Lagi Dapat Menikmati Seks Kerana Kanser

Kaum hawa, menjaga kesihatan adalah pelaburan besar dalam hidup. Anda tidak akan tahu betapa berharganya sebelum anda kehilangannya.

Seorang pesakit kanser yang sudah berusia 31 tahun bernama Kristian Howard, mengisahkan secara terus terang mengenai kehidupan seksualnya pasca ia divonis KANSER pada tahun 2011. Tidak ramai yang menyedari kesan yang cukup signifikan ini, mungkin sehingga anda membaca kisah ini.

kanser_Kristian Howard

Bagi Kristian, ia pun mengalami proses sampai akhirnya ia mengetahui kanser telah meragut kemampuan seksualnya. “Setelah sekian lama, aku baru menyedari kesan kemoterapi pada kehidupan seksualku. Awalnya, saya menganggap ini hanya keadaan psikologi dan mental,” kisahnya.

Kristen menjelaskan bahawa selain rambut gugur, doktor tak menjelaskan apa-apa tentang kesan-kesan sampingan kimoterapi yang dialaminya sampai dia mengalami sendiri. Kristen mengalami faraj kering dan sakit ketika melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Ia juga mengalami penurunan kemampuan untuk meraih orgasme dan kekurangan libido. Meski suaminya selalu menenangkannya dan membuatnya selesa dengan mengatakan bahawa ia selalu mencintai isterinya yang sudah tidak berambut beribu-ribu kali, Kristian tidak mengalami keinginan apapun.

Dia justeru seringkali merasakan sakit, masalah sembelit, rasa berat di leher dan wajah, bahkan mata yang cekung dan menghitam. Perkara ini membuatnya tidak berkeyakinan dan tidak merasa seksi. “Aku baru saja berkahwin dan tubuhku membuatku merasa down. Menjatuhkanku saat aku harus melakukan sesuatu, hal itu sangat membuatku stres,” ujarnya.

Kaum hawa, apabila itu untuk pelaburan besar seperti kesihatan, jangan ragu untuk bertindak dan mencari maklumat sebanyak-banyaknya. Dengan begitu kita boleh mengurangkan atau mempersiapkan diri untuk risiko yang akan kita terima untuk sebuah treatment rawatan.