Petua Untuk Menjaga Kesihatan Zakar Anda

Ketahuilah bahawa zakar anda berkait dengan seluruh badan anda. Sihatnya tubuh badan maka sihatlah zakar. Batang zakar bukanlah satu anggota yang perlu dilayan berlainan. Seluruh badan anda juga perlu dibelai. Baca dibawah ini cara-cara belaian batang zakar melalui makanan dan minuman.

Menjaga Kesihatan Zakar Anda

Kesihatan zakar lelaki bergantung kepada kesihatan. Kesihatan banyak bergantung kepada apa yang dimakan dan diminum. Jaga kesihatan agar tidak menghadapi masalah kencing manis (diabetes). Diabetes boleh menyebabkan mati pucuk (impotent). Mati pucuk atau impotent bagi penghidap diabetes tidak secara mendadak. Ia mengambil masa antara 10 ke 15 tahun untuk berlaku.

Kurangkan gula dalam minum dan makanan. Jika anda tidak mahu kecewa atau menghadapi masalah mati pucuk, jaga kesihatan dengan kurangkan gula sekarang juga. Mintalah air kurang manis dan gantikan kek dan kuih manis dengan buah-buahan.

Bagi penghidap diabetes, kurangkan pengambilan gula. Jangan tinggalkan rawatan perubatan, kurangkan berat badan kepada yang bersesuaian dengan usia, makan makanan yang sihat dan bersenam. Bertindak awal.

Penyakit tekanan darah tinggi juga boleh mengurangkan kemampuan zakar lelaki untuk bertahan lama. Ini adalah kerana kemampuan batang zakar mengeras adalah berkaitan dengan aliran darah. Kencing manis dalam jangka masa panjang mengecilkan saluran darah dan merosakkan saluran darah halus. Darah tinggi pula mengganggu aliran darah yang baik ke zakar lelaki.

Begitu juga dengan kegemukan. Lemak, terutama dalam salur darah, akan mula menyumbatkannya. Terutama sekali salur-salur jalur darah sekitar jantung. Ia bukan sahaja meninggikan risiko penyakit jantung, malah meninggikan risiko kemampuan lelaki bertahan lama diranjang. Nafas semakin pendek dan aktiviti biasa seks, umpama aktiviti lasak akibat jantung terlalu bekerja keras. Kurangkan pengambilan makan berlemak terutama lemak tepu yang biasa digunakan untuk membuat makanan segera dan ringan. Lemak tepu ini yang sukar dihadamkan dan selalu menyumbatkan salur darah.

Makan makanan yang berkhasiat dan rendah lemak tepu. Lakukan senaman ringan setiap masa. Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan gula dan pengambilan garam. Sebagai penambahan asparagus dan buah pisang boleh meningkat libido lelaki.

Tolong Doktor, Ghairah Seks Saya Menurun Gara-Gara Sering Naik Motor

Ghairah Seks Saya Turun Gara-Gara Sering Naik Motor

Terus saja Dok, saya mengalami penurunan ghairah seks sekitar 3-4 bulan ini. Perkara ini pertama kali saya alami bermula ketika saya cuba menunggang motor apabila pergi ke pejabat. Ketika itu kemaluan saya selalu seperti tersepit ketika menunggang motor. Dan itu juga menyebabkan saya buasir.

Sejak itu saya merasa mengalami penurunan nafsu seks, kerana di sekitar kemaluan saya sampai sekarang masih terasa seperti ngilu. Mohon bantuannya Dok. Terimakasih.

Iwan (Lelaki Menikah, 41 tahun), Sumber-  detikhealth

Jawapan

Pada usia anda, 41 tahun, risiko terjadinya penyakit kronik seperti kencing manis (Diabetes Mellitus), hipertensi, kadar lemak darah abnormal (dyslipidemia) serta penurunan kadar hormon lelaki (Testosteron) kerap terjadi.

Penyakit-penyakit ini telah menyumbang terjadinya penurunan libido. Agaknya, tidak ada kaitan dengan sering tersepitnya kemaluan anda semasa naik motor dan penyakit wazir (buasir) yang anda alami.

Dengan bimbingan Doktor Keluarga Anda, dianjurkan anda melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengesan kemungkinan berlakunya penyakit-penyakit kronik tersebut.

Rasa ngilu sekitar zakar boleh kerana anda jarang bersenam. Cuba lakukan senaman ringan antara lain berjalan pantas (brisk walking), renang (swimming) dan peregangan otot (stretching) selepas latihan fizikal, tersebut. Berusaha pula menjaga kecergasan psikologi dengan menguruskan stres, sehingga hidup anda tidak banyak dirundung kegusaran dan kesedihan.