Budak Perempuan, 8 tahun meninggal dunia pada malam pertama perkahwinan…

Malang sungguh nasib budak perempuan berusia 8 tahun ini. Beliau  meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada alat kelaminnya di malam pertama perkahwinan selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang lima kali ganda umurnya.

rawan_budak perempuan berusia 8 tahun meninggal dunia pada malam pertama perkahwinan

Arwa Othman, seorang aktivis hak asasi terkemuka, berkata, gadis itu yang hanya dikenali sebagai Rawan, telah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.

“Pada malam perkahwinan dan selepas hubungan seks, dia mengalami pendarahan teruk pada kemaluannya yang menyebabkan kematian beliau,” kata Othman. “Mereka membawanya ke klinik tetapi petugas tidak dapat menyelamatkan nyawanya.”

Othman berkata pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.

Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan sebarang kejadian itu telah berlaku.

Tetapi dua penduduk Meedi mengesahkan kejadian itu dan berkata bahawa ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.

Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.

Isteri Ceraikan Suami kerana Zakar Suami Terlalu Kecil

Beberapa kajian menunjukkan bahawa tahap kepuasan seks tidak terlalu dipengaruhi dengan besar / kecilnya saiz Zakar. Tapi bagi seorang wanita di Taiwan, Zhang, ukuran zakar adalah perkara utama.

Isteri Ceraikan Suami kerana Zakar Suami Terlalu KecilZhang, menceraikan suami yang sudah dinikahinya selama empat tahun kerana zakarnya dianggap terlalu kecil. Zhang juga mendakwa bahawa suaminya (Zhou) telah gagal memenuhi janjinya untuk berhubungan seks dengannya tiga kali seminggu.

“Zakarnya sangat kecil, seperti kanak-kanak lelaki, hanya sepanjang 5 cm. Kami tidak pernah berhubungan seks semasa berkahwin,” ujar Zhang, seperti dipetik dari Daily Chilli.

Zhang menceritakan pertemuannya dengan Zhou terjadi pada Julai 2008 kerana diperkenalkan oleh rakan dan berkahwin lima bulan selepas itu. Wanita berusia 52 tahun itu baru mengetahui masalah seks yang dialami suaminya semasa malam pertama. Ia juga mengatakan kalau Zhou yang berusia 55 tahun ternyata mati pucuk dan tidak boleh memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami.

“Kami bertengkar sepanjang malam dalam aku memintanya untuk melakukan rawatan,” tambah Zhang.

Pasangan itu pun berpisah sehari selepas perkahwinan, tapi kedua-duanya sempat menghabiskan malam bersama selama 10 hari. Tujuannya untuk melihat apakah keadaan suaminya sudah lebih baik. Malangnya, perkara itu tidak berlaku.

Zhou menghentikan perawatannya dua tahun lalu setelah sang isteri melayangkan permohonan cerai. Dia menolak bahawa dirinya mati pucuk dan menyebut bahawa pemilihan waktu bercinta yang tidak tepat jadi alasan kenapa Mr. Happy-nya tidak boleh ‘berfungsi’ dengan semestinya.

“Aku lebih suka bercinta di pagi hari tapi dia (Zhang) hanya mahu semasa tengah malam, ketika aku sudah sangat penat,” ujar Zhou.

“Seks bukan satu-satunya asas untuk perkahwinan yang berkekalan,” tambahnya sambil menjelaskan bahawa dia tidak pernah berjanji untuk bercinta tiga kali seminggu dalam perkahwinan bersama Zhang.

Mahkamah Tinggi Taiwan akhirnya membenarkan permohonan cerai mereka. Ini merupakan perkahwinan pertama baik bagi pasangan Zhang mahupun Zhou yang berasal dari Taipei.