Lelaki mandul boleh diubati

Kesuburan seseorang lelaki biasanya diukur dari segi keupayaan benih-benihnya mempersenyawakan ovum (telur) perempuan. Keupayaan ini bergantung atas beberapa faktor seperti hitungan benih yang cukup, kebolehan benih bergerak-gerak dan bentuk benih yang normal.

Di samping itu persetubuhan adalah penting dan sesuatu kelemahan dalam hubungan seks seperti impotens atau lemah tenaga batin, ejakulasi prematur dan ejakulasi ke belakang (retrograde) boleh menimbulkan kemandulan.

Seseorang lelaki itu boleh subur jika telah membuktikan bahawa ia boleh menghamilkan pasangannya. Ia ‘mandul’ langsung jika didapati air maninya tidak mengandungi benih-benih atau daya pergerakan benih-benih dan bentuk normal benih-benih itu kurang dari biasa. Air mani lelaki yang tidak mengandungi benih langsung digelar azoospermia manakala air mani yang rendah hitungan benih digelar oligoospermia.

Sebagaimana telah ditegaskan, pihak lelaki didapati menyebabkan lebih kurang 40 peratus dari kes-kes mandul yang datang ke klinik doktor pakar obstetriks dan gynekologi sewaktu penyiasatan dan rawatan.

Oleh itu penting ditegaskan bahawa pihak lelaki perlu datang bersama-sama isteri untuk menemui doktor walaupun perbuatan ini mungkin mengancam egonya dan menyinggung maruah kelakiannya. Dalam bab ini penghuraian secara mendalam akan dibuat dari segi sebab-sebab kejadian kemandulan lelaki, pemeriksaan dan ujian-ujian siasatan, dan rawatan-rawatan bagi kemandulan lelaki.

Apa yang dimaksudkan dengan ‘kemandulan lelaki’ di sini sebenarnya tidak bererti bahawa seseorang itu tidak boleh langsung menghasilkan satu penghamilan terhadap isterinya.

Konsep kemandulan lelaki di sini adalah satu konsep yang ‘relatif’, ertinya data pembiakan atau kesuburan seseorang lelaki itu berkurangan walaupun ada setengah daripada mereka mandul langsung. Lelaki tersebut mungkin mempunyai benih-benih dalam air maninya tetapi hitungan benih tersebut mungkin berkurangan atau pun daya pembiakan benih-benih tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan yang lain. Tetapi terdapat setengah mereka tanpa mempunyai benih langsung dalam air mani mereka (azoospermia) dan mereka tidak mempunyai harapan untuk menghamilkan isteri mereka.

MANDUL… Penyebab Ketidaksuburan Lelaki

Biasanya, jika setelah 1 tahun berkahwin pasangan suami isteri belum juga dikurniakan anak, doktor akan menyarankan satu siri pemeriksaan. Jika sudah diketahui masalahnya, maka tindakan rawatan boleh fokus diarahkan ke punca ketidaksuburan laki-laki dan perempuan.

Jika itu yang terjadi, jangan segan untuk segera merujuk kepada doktor sakit puan. Di sana calon ibu dan bapa akan menjalani beberapa ujian. Jika hasil ujian isteri dan suami normal, maka isu ketidaksuburan tidak perlu jadi topik perbincangan.

Suami atau Isteri Boleh Sama-sama Tidak Subur

Ketika masalah datang, sebagai manusia kita sering cuba mencari kambing hitam. Begitu juga semasa menunggu kehamilan. Anda mula berfikir apakah sulitnya mendapatkan keturunan kerana kesalahan anda atau pasangan? Memang perempuan cenderung menyalahkan diri sendiri jika disinggung masalah penyebab ketidaksuburan laki-laki dan perempuan. Tapi faktanya, kira-kira 35-40% daripada kes-kes kemandulan ditemui pada lelaki, dan 35-40% ditemui pada perempuan. Satu-satunya cara untuk tahu penyebab adalah anda bersama suami menjalani ujian.

Selain itu ternyata ada tanda-tanda amaran yang boleh membantu meneka perihal penyebab ketidaksuburan laki-laki dan perempuan sebelum berkunjung ke doktor.

PENYEBAB UMUM KETIDAKSUBURAN (kemandulan) LELAKI

Apabila sumber masalah terletak pada si lelaki, pencetus paling umum terjadi adalah masalah sperma (sperm disorder), seperti jumlah sperma yang rendah (kurang dari 20 juta sel sperma dalam 1 ml cecair sperma / simen), motiliti (ketangkasan dan daya gerak) sperma rendah , atau berkurangnya pengeluaran sperma. Sebahagian besar daripada masalah ini boleh dicetuskan oleh beberapa faktor berikut:

Umur

Bilangan sperma pasangan mungkin tidak berkurang, tapi spermanya mula kehilanggan motiliti di sekitar umur 40. Kurangnya kelincahan sperma akan dapat dilihat pada kemampuannya masuk ke saluran indung telur untuk melakukan persenyawaan nantinya.

Masalah sistem imun

Keadaan daya tahan tubuh yang rendah boleh mempengaruhi pada motiliti dan kemampuan sperma untuk masuk ke dalam ovari. Dengan kata lain, sistem imun yang buruk memberi kesan buruk pada kesuburan lelaki.

Masalah berat badan

Berat badan tubuh lelaki yang terlalu berat akan mempengaruhi pada kualiti dan bilangan sperma. Semakin gemuk seorang lelaki, maka semakin sedikit pula jumlah sperma yang mereka keluarkan saat ejakulasi. Lelaki dengan berat badan normal mengeluarkan sperma dengan jumlah rata-rata 3.3 ml saat ejakulasi, sedangkan lelaki obesiti rata-rata hanya mengeluarkan 2.8 ml. Plus, kelebihan berat juga akan memberi kesan kepada kelincahan sperma masuk dan membuahi telur. Kajian tahun 2009 oleh WHO mendapati fungsi testis dan jumlah sperma subur pada lelaki obesiti lebih rendah berbanding lelaki dengan berat badan yang sesuai. Jadi sangatlah penting untuk menjaga berat badan ideal pasangan anda.

STD (Sexually Transmitted Diseases)

Penyakit kelamin yang tidak dirawat boleh memberi kesan buruk pada masalah transpotasi sperma ke saluran induk telur, tetapi keadaan ini boleh diperbaiki jika ada rawatan yang tepat dan sempurna.