Disinilah Daerah Sensual Isteri Anda

Mungkin ada antara suami mahupun isteri di luar sana yang tidak mengetahui kepentingan G-Spot dalam memastikan kelangsungan hubungan intim. Dan tahukah anda apakah definisi G-Spot? Titik Grafenburg atau G-Spot adalah bahagian dalam tubuh manusia yang jika disentuh akan menaikkan ghairah lantas menjadi daya penggerak untuk mencapai  dalam hubungan intim.

g-spot

WANITA
Setiap titik pada tubuh wanita mempunyai kepekaan dan reaksi berbeza tatkala menerima rangsangan. Misalnya segelintir wanita bisa asyik ketika telinganya disentuh lidah pasangannya, tetapi terdapat juga wanita yang akan ‘turn-off’ ketika telinganya disentuh. Justeru sebagai lelaki anda harus tahu dan mengenal pasti titik sensual pasangan anda. Saling memberi dan menerima dalam hubungan intim adalah satu daripada beberapa kunci bagi mencapai orgasme dalam hubungan intim. Seperti lelaki, tubuh wanita juga memiliki titik-titik tertentu yang sensitif. Apabila zon ini mendapat sentuhan atau rangsangan maka impaknya luar biasa. Berikut adalah huraian titik sensual kaum Hawa yang harus kamu ketahui:

G – SPOT
Tahukah anda, terdapat suatu tempat di dalam vagina yang jika disentuh akan membuatkan wanita terangsang hebat? Titik ini lazimnya di sebut titik G oleh ahli genekologi Jerman, Ernest Grafenberg yang pertama kali menjelaskannya pada 1950. Menurut Ernest Grafenberg ramai wanita menemui titik G nya pada dua inci daripada liang pemasukan vagina di dinding atas bahagian depan, di sebalik tulang kemaluan. Terdapat juga segelintir wanita pada mulanya merasa tidak selesa kerana terasa ingin membuang air kecil ketika titik G nya tersentuh. Rasa ketidakselesaan itu hanya terjadi kira-kira satu minit sahaja dan seterusnya ia beransur hilang. Pencarian titik G boleh dilakukan dengan jari atau zakar. Terokai dan lakukan eksperimentasi untuk anda takluki titik ini.

Disinilah Daerah Sensual Isteri Anda : SETERUSNYA

 

Cara Mudah Agar Isteri Rasakan Orgasme yang ‘Menggoncang Dunia’

Tidak ada yang lebih memuaskan hati selain melihat isteri mencapai klimaks saat bercinta. Jika tidak boleh membuat isteri mencapai fasa klimaks, lelaki akan merasa dipersoalkan kejantanannya. “Lelaki sangat percaya hubungan seksual adalah satu-satunya cara untuk memuaskan wanita, termasuk saiz zakar, dan bagaimana cara mereka mempertahankan ereksi adalah perkara yang paling penting,”. Walhal, sebenarnya banyak perkara yang boleh dilakukan demi membuat isteri orgasme. Ini dia rahsia untuk memancing orgasme pada wanita dengan cara mudah.

Cara Mudah Agar Isteri Rasakan Orgasme yang ‘Menggoncang Dunia’

Hantar SMS mesra

Para pakar kini percaya jika keintiman emosi memainkan peranan penting dalam kitaran respons seksual wanita. Ertinya bila ingin merangsang isteri, tak perlu dengan meraba-raba atau menciumnya.

Untuk mengukuhkan ikatan antara suami dan isteri sehingga si isteri mudah terangsang cukup dengan melakukan hal-hal kecil. Misalnya menghantar SMS di pagi hari yang menyatakan anda tak sabar menunggu malam tiba.

Jangan tergesa-gesa

Hasrat seks boleh dikatakan takkan terhalang oleh apapun, bahkan dengan tekanan sekalipun, tapi keadaan ini tentu berbeza dengan wanita. “Agar seorang wanita boleh terangsang, bahagian otak yang berkaitan dengan tekanan dan kecemasan perlu dimatikan,” saran Kerner.

Jadi buatlah si dia merasa rileks terlebih dulu. Rata-rata wanita memerlukan waktu hingga 15-20 minit agar boleh terangsang dan berhubungan seksual dengan suaminya serta mencapai orgasme.

Ciuman terus menerus

Kerana tubuh wanita memerlukan waktu lebih lama agar boleh ‘panas’, maka agar boleh mencapai orgasme anda perlu tahu bagaimana caranya mempertahankan minatnya itu. cara paling mudah untuk melakukannya adalah jangan berhenti menciumi si dia.

“Berciuman secara terus-menerus dan menjadikannya salah satu aktiviti seksual, bukan hanya foreplay semata. Ini penting bagi para wanita kerana ‘menghantar’ syok bioelektrik ke sekujur tubuhnya sehingga membuatnya terus merasa excited.”

Puji tubuhnya

Ketika ghairah seorang lelaki sedang tinggi-tingginya, biasanya mereka cenderung berfikir tubuh isterinya begitu seksi. Tapi wanita tidaklah berfikir hal yang sama, mereka seringkali bimbang jika bentuk tubuhnya kurang seimbang di mata suami atau kurang seksi, sebagai contoh.

Apalagi sudah banyak kajian yang mendedahkan bahawa isu imej tubuh sekecil apapun membuat wanita tidak lagi terangsang, menikmati aktiviti bercintanya, atau bahkan mencapai orgasme, maka buatlah dirinya merasa atraktif dan selesa. Merilekskan fikiran seorang wanita adalah kunci untuk merilekskan dan membuat tubuhnya terangsang.

Tidak terus menyentuh organ vital

Terus merangsang klitoris bukanlah awal bercinta yang baik. Yang benar, habiskan masa beberapa minit untuk mencium, saling meraba dan menikmati seluruh tubuh isteri terlebih dulu. Kalaupun ingin melakukan oral, pastikan itu tidak hanya dilakukan semasa foreplay sahaja.

Pelbagai sentuhan

Bahawa rangsangan pada klitoris, faraj, serviks dan puting mengaktifkan bahagian otak yang berbeza-beza.

Dan apabila anda boleh memanfaatkan zakar dan kedua tangan anda untuk merangsang kesemua hot spot ini dalam waktu yang bersamaan, bayangkan saja betapa keras rintihan isteri nantinya.

“Bahkan wanita dikatakan dapat mencapai orgasme hanya dari masing-masing organ tersebut, tapi jika anda boleh gabungkan, akan lebih banyak sel otak dan sel saraf yang meresponsnya. Itu ertinya orgasme yang dihasilkan jadi lebih kuat dan lebih nikmat.”

Perhatikan respons tubuhnya

Tidak semua wanita mengerang atau berteriak ketika mencapai orgasme. “Matanya boleh saja tertutup dan anda akan merasakan adanya tensi otot di seluruh badannya. Bila ia mengalaminya ketika anda merangsangnya secara manual atau oral, anda pun akan merasakan dasar pinggulnya mengencang.”

Perhatikan dan kenali itu agar ketika ini benar-benar berlaku, maka cara terbaik yang sebaiknya anda lakukan adalah menekan klitorisnya. Lalu bersedia untuk pusingan kedua kerana wanita boleh mengalami beberapa orgasme sekaligus.