Seks : Lakukan yang berKUALITI bukan KUANTITI

JANGAN pula ada lelaki yang menyorokkan kaki mereka selepas ini. Cerita atau lebih tepatnya mitos ini sebenarnya sudah lama popular di kalangan datuk nenek kita.

Tentang bahagian-bahagian tubuh tertentu lelaki seperti hidung, jari dan kakinya, yang dikaitkan dengan saiz zakar/penis. Lelaki yang mempunyai kaki yang besar tidak semestinya mempunyai alat kelamin yang juga besar. Teori itu tidak berasaskan saintifik.

seks-zakar

“Justeru, kebolehan meramalkan saiz penis dengan cara melihat saiz kasut yang dipakai oleh lelaki tidak lebih dari sekadar satu salah tanggapan. Bercakap tentang saiz penis, menjadi kebimbangan lelaki kalau-kalau mereka gagal memuaskan pasangan disebabkan oleh ‘peralatan’ dimiliki tidak mencapai standard yang diperlukan.

Sekalipun lelaki sedia maklum bahawa saiz zakar adalah berbeza di antara satu sama lain, namun, mitos tentang mempunyai penis yang besar adalah lebih berkuasa’ bagai satu tradisi dan tragedi. Bagi lelaki, saiz penis dan kaitannya dengan kepuasan seks wanita adalah satu isu besar. Sedangkan, ia menjadi satu masalah hanya kerana mereka merasakannya demikian.

Saiz zakar tidak memberikan kesan fizikal terhadap kepuasan seksual wanita kerana, faraj akan mempunyai kebolehan untuk mengubahsuai saiz penis. Senang cakap, besar tidak semestinya memuaskan. Ia tiada kena-mengena dengan kejantanan mahupun kepuasan seks.

Lelaki mungkin tersilap mentafsir saiz penis mereka kerana sering mendapatkan pemandangannya daripada atas. Kajian juga mendapati, rata-rata lelaki mempercayai bahawa penis mereka adalah lebih kecil berbanding saiz normal sedangkan mereka sebenarnya memang mempunyai saiz penis yang normal.

Apa pun, sukar untuk meyakinkan lelaki tentang kenyataan ini yang menurut mereka, tidak lebih sekadar menyedapkan hati mereka sahaja.

Bagaimana jika lelaki cuba beralih kepada faktor ketegaran ereksi?

Iaitu kebolehan penis membesar dan mengekalkan ketegangan/penegakan dalam jangka masa yang memadai untuk melakukan hubungan kelamin seterusnya mencapai kemuncak dan seks yang memuaskan untuk diri sendiri serta pasangannya. Terdapat kaitan yang kuat di antara ereksi yang tegar dengan kepuasan seks.

“Seks penting dalam perkahwinan. Baik lelaki mahupun wanita mempunyai pendapat yang sama tentang ketegaran ereksi dalam menjamin kepuasan seks.

ISTERI PUAS MALAM INI

Seks adalah salah satu aktiviti yang dilakukan berdua antara lelaki dan wanita. Berbanding lelaki, wanita lebih cenderung untuk tidak puas menikmati hubungan seksual yang dilakukan. Ada banyak faktor yang mempengaruhi kualiti seks, bermula dari faktor fizikal seperti adanya keluhan sakit ataupun faktor psikologi yang mempengaruhi kejiwaan ketika bercinta.

Tanda wanita puas dengan kehidupan seksnya adalah selalu minta lagi. Diketahui bahawa mereka-mereka yang bahagia dengan kehidupan seksnya aktif bercinta dua hingga tiga kali dalam seminggu. Lebih lanjut dari kaji selidik tersebut, ternyata dua daripada lima wanita tersebut selalu minta lagi. Bagi lelaki, ini adalah petanda utama isteri anda merasa senang dengan aktiviti seks anda berdua, dia menikmati dan puas dengan prestasi seksual anda.

Wanita yang puas secara seksual selalu mendapatkan orgasmenya, ketika itu terjadi, maka tubuh akan mengeluarkan hormon yang bermanfaat bagi kesihatan. Secara kejiwaan, tubuh akan menjadi lebih rileks dan tidak tegang. Sehingga cara dia memandang dunia pun menjadi lebih positif.

Wanita yang puas dalam seks umumnya tidak mempertikaikan saiz zakar. Lebih daripada 90% wanita mengatakan saiz zakar tidak penting dan bukan perkara yang mempengaruhi tahap kepuasan mereka. Berbanding menginginkan zakar yang besar, mereka umumnya lebih mengutamakan ghairah dan kebaikan hati dari suaminya.

Hakikatnya, banyak factor yang mendorong ke arah kegagalan nikmat persetubuhan, Baca Lagi