Cara mengesan seorang wanita yang berpura-pura orgasme

Demi menyenangkan hati suami, ramai isteri yang memalsukan orgasme. Maklum, lelaki akan merasa perkasa jika perempuan yang dicintai merasa puas dengan kemampuannya. Kajian mendapati bahawa ramai wanita melakukan helah ini. Bagaimana membezakannya?

Cara mengesan seorang wanita yang berpura-pura orgasme

Kajian juga mendapati, orgasme palsu tersebut dilakukan perempuan dengan cara mengerang, mendesah atau mengeluarkan suara-suara erotik lain. Yang lebih aneh, ketika benar-benar merasakan kenikmatan, para perempuan justeru seringkali lebih tenang.

“Tidak ada teknik yang pasti untuk mengesan seorang perempuan berpura-pura orgasme atau tidak. Beberapa wanita mengalami penguncupan selama orgasme, tetapi ada juga yang kontraksi lebih ringan sehingga tidak terlalu dirasakan pasangannya.

Seperti dipetik dari Men s Health, bahawa orgasme yang dialami wanita boleh berlaku lama. Ada juga beberapa di antaranya yang disertai ‘gejolak’ berupa kemerahan di bahagian dada.

Perkara tersebut merupakan indikasi bahawa wanita mengalami rangsangan seksual yang sengit, di mana aliran darahnya meningkat dan boleh menandakan tercapainya orgasme. Malangnya, menurut Herbenick, tidak semua kaum hawa mempunyai ciri-ciri seperti ini.

“Orgasme memang cenderung kembali ke keadaan normal, misalnya normalnya degupan jantung, pernafasan, dan sebagainya. Walaupun demikian, jangan berhenti melakukan rangsangan dan tidak melakukan apa-apa. Hanya kerana dia menggigil selepas beberapa minit atau malah tertidur bukan bererti petanda dia tak orgasme, “tambahnya.

Dia menyarankan kepada para suami untuk tetap melakukan apa yang disukai pasangan. Yang paling penting, cuba perhatikan hal apa yang disukai dan jangan ragu-ragu meneroka agar pasangan tahu tentang keinginan masing-masing.

Ada banyak variasi posisi, tempat, sex toys, cara berciuman dan menyentuh pasangan, lagu, pakaian dan berbagai hal lain yang patut dicuba.

2 Cara Mudah Menemukan G-spot Wanita

Kewujudan G-spot atau titik paling sensitif pada organ intim wanita telah menjadi perdebatan sengit di kalangan para ahli. Melalui beberapa siri penyelidikan, akhirnya penyelidik mendapati bahawa titik erotis tersebut benar-benar ada. Hanya sahaja ukurannya kecil jadi susah dijumpai.

g-spot
G-Spot terletak di dinding faraj dan menghasilkan kesan luar biasa apabila dirangsang. Titik ini mempunyai simpul saraf yang paling banyak berbanding lokasi lain di sekitarnya. Ukurannya hanya 8.1 x 3.6 x 1.5 mm sehingga wajar jika susah dicari, namun bukan bererti mustahil ditemui.

Seperti dipetik Female First, Isnin (12/2/2013), ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mencari G-spot, iaitu:

1. Eksplorasi tubuh
G-spot terletak pada dinding vagina bahagian atas, di antara lubang faraj dan leher rahim. Letaknya boleh berbeza-beza setiap wanita, jadi setiap wanita perlu menjelajah sendiri manakah titik di vaginanya yang memberikan rangsangan yang hebat.

Dinding vagina tempat G-Spot berada berbeza dengan rangkaian vagina lain yang lebih lembut. Jika diraba rasanya lebih berkedut atau berkerut berbanding rangkaian lain. Jika masih sukar menemuinya, cuba cara berikutnya.

2. Fantasi seksual
Cubalah bayangkan fantasi seksual. Ketika terangsang, G-spot akan membesar 2 kali ganda dari saiz semula dan mengeras layaknya tekstur buah kenari. Beberapa wanita berjaya mencari titik ini dengan menggunakan sex toys.

Ketika titik ini dijumpai, akan muncul sensasi seolah ingin buang air kecil, tetapi sebenarnya tidak. Jika diteruskan, merangsang titik ini akan membuat wanita mengalami ejakulasi sehingga boleh membezakan antara orgasme akibat rangsangan klitoris dan orgasme akibat G-spot.