Beranak Cara HardCore (Ibu mengandung dipelawa tengok!)

Salam semua, gua tak rasa apa-apa sebab bukan gua yang beranak tapi itu bukan bermakna gua tak rasa terharu dengan kaum-kaum ibu takkala saat melahirkan anak. Tentunya ada sessuatu rasa yang tak boleh dibayangan atau diceritakan melainkan perasaan itu dirasai sendiri oleh yang empunya badan.

Bersalin Cara HardCore (Ibu mengandung dipelawa tengok!)

Caranya sedikit brutal, namun kaedah ini telah diguna pakai di China. Jom layan video ini…

Apa pun buat kaum ibu, anda telah merasai sesuatu nikmat yang tak boleh dibeli dimana-mana dan “nikmatnya” dimana kaum suami tak akan rasainya walaupun kucing keluar tanduk. Wallahu a’lam

Cara Membincangkan Masalah Seks dengan Suami Agar Tidak Tersinggung

Semua masalah rumahtangga perlu dibincangkan dengan suami anda, walaupun yang berkaitan dengan seks. Seks seringkali menjadi topik sensitif bagi pasangan, tetapi jika ia tidak disampaikan maka perkahwinan itu boleh menjadi tidak sihat. Untuk dapat bebas bercakap tentang seks dengan suami tanpa rasa takut kesalahan itu, pertimbangkan tip berikut.

Cara Membincangkan Masalah Seks dengan Suami Agar Tidak Tersinggung

1. Melihat Waktu & Keadaan Pasangan
Jangan bicarakan masalah seks ketika suami baru pulang kerja atau apabila anda dan pasangan berada di dalam bilik tidur atau sebelum tidur. Ini sudah tentu boleh mencetuskan emosi, anda perlu menangguhkan sehingga mendapat masa yang tepat.

2. Jangan Menjatuhkan Maruahnya
Jangan terus menyalahkan pasangan atas masalah kehidupan seks anda. Ketika berbincang, biarkan pasangan faham kenapa anda dan dia perlu membicarakan masalah ini.

3. Terbuka
Terbukalah satu sama lain. Bicarakan apa yang menjadi keinginan, ketakutan, dan masalah anda dan pasangan. Jujurlah ketika memperkatakannya. Jangan takut untuk memberitahu apa yang anda suka dan tidak suka semasa bercinta.

4. Memilih Kata-kata yang Tepat
Seperti dipetik dari NHS (National Health Servicec), Denise Knowles, seorang terapi seks menyarankan, semasa berbicara, pilihlah kata-kata yang tepat. “Banyak pasangan yang takut berbicara kerana tidak mahu menyakiti perasaan pasangannya,” jelasnya. “Tetapi jika anda dan dia mahu mempunyai kehidupan seks yang bahagia, tidak apa-apa sebenarnya bicara jujur ​​soal masalah yang sebenarnya,” tambahnya. Dengan bicara jujur, anda dan pasangan boleh sama-sama mencari penyelesaian atas masalah tersebut.