Tolong Doktor, Ghairah Seks Saya Menurun Gara-Gara Sering Naik Motor

Ghairah Seks Saya Turun Gara-Gara Sering Naik Motor

Terus saja Dok, saya mengalami penurunan ghairah seks sekitar 3-4 bulan ini. Perkara ini pertama kali saya alami bermula ketika saya cuba menunggang motor apabila pergi ke pejabat. Ketika itu kemaluan saya selalu seperti tersepit ketika menunggang motor. Dan itu juga menyebabkan saya buasir.

Sejak itu saya merasa mengalami penurunan nafsu seks, kerana di sekitar kemaluan saya sampai sekarang masih terasa seperti ngilu. Mohon bantuannya Dok. Terimakasih.

Iwan (Lelaki Menikah, 41 tahun), Sumber-  detikhealth

Jawapan

Pada usia anda, 41 tahun, risiko terjadinya penyakit kronik seperti kencing manis (Diabetes Mellitus), hipertensi, kadar lemak darah abnormal (dyslipidemia) serta penurunan kadar hormon lelaki (Testosteron) kerap terjadi.

Penyakit-penyakit ini telah menyumbang terjadinya penurunan libido. Agaknya, tidak ada kaitan dengan sering tersepitnya kemaluan anda semasa naik motor dan penyakit wazir (buasir) yang anda alami.

Dengan bimbingan Doktor Keluarga Anda, dianjurkan anda melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengesan kemungkinan berlakunya penyakit-penyakit kronik tersebut.

Rasa ngilu sekitar zakar boleh kerana anda jarang bersenam. Cuba lakukan senaman ringan antara lain berjalan pantas (brisk walking), renang (swimming) dan peregangan otot (stretching) selepas latihan fizikal, tersebut. Berusaha pula menjaga kecergasan psikologi dengan menguruskan stres, sehingga hidup anda tidak banyak dirundung kegusaran dan kesedihan.