Tanda-tanda anda mungkin belum bersedia menjadi isteri

Belum juga berkahwin? Mungkin si dia melihat anda kurang berpotensi sebagai isteri. Keinginan untuk berkahwin bukan satu-satunya alasan agar boleh terus merasmikan hubungan. Banyak perkara yang mesti difikirkan sebelum berkahwin, salah satunya adalah sudah selayaknyakah anda menjadi isteri?

isteri tak guna

1. Kurang bertanggungjawab
Kebanyakan lelaki kurang bertanggungjawab dengan banyak perkara dan mereka pun menyedarinya. Oleh kerana itu, lelaki akan mencari wanita yang boleh lebih bertanggung jawab. Jika anda orang yang masih sering cuai dan masih keanak-anakan sebaiknya tangguhkan perkahwinan. Perkahwinan akan berjalan lebih lancar bila ada isteri yang lebih bertanggung jawab..

2. Tidak ada rancangan
Perkahwinan memerlukan pelan matang di masa hadapan. Jika anda hanya menikmati hari demi hari yang anda jalani ketika ini, melepak bersama kawan-kawan sampai pagi dan membeli barang-barang mahal tanpa menyimpan, maka kebiasaan ini boleh berterusan sehingga ke kehidupan perkahwinan nanti. Ketika berkahwin anda perlu ada rencananya yang panjang dan bertanggung jawab kepada suami. Sudah siapkah anda kehilangan masa bergaul hingga pagi dengan rakan-rakan dan lebih banyak menabung? Jika jawapannya tidak lagi, anda tidak perlu berkahwin tergesa-gesa.

3. Takut komitmen
Tidak hanya lelaki, wanita pun punya masalah dengan komitmen. Takut perkahwinan gagal atau trauma di masa lalu menjadi alasan mengapa wanita takut akan komitmen. Bila anda takut komitmen dan melakukan perkahwinan kerana paksaan, maka kehidupan ke depannya boleh tidak membahagiakan. Sebaiknya ‘sembuhkan’ dulu ketakutan anda, baru melangkah ke arah yang lebih serius.

4. Masih sering mengoda
Jika anda masih sering mengoda lelaki lain, itu tanda anda belum serius menjalani hubungan dengan kekasih. Jangan ambil keputusan untuk berkahwin ketika anda masih ingin bermain-main dengan cinta.

5. Benci dengan anak kecil
Selepas perkahwinan tentu tujuan selanjutnya adalah memiliki anak. Jika anda tidak menyukai anak kecil dan merasa mereka merupakan makhluk yang mengganggu, tentu itu tanda anda belum bersedia jadi ibu. Ketika bersedia untuk menjadi isteri maka anda harus juga bersedia menjadi seorang ibu.

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.