Terbaik! Pakaian dalam anti perkosaan akan dipasarkan akhir April ini…

Kebelakangan ini India menjadi terkenal kerana disebabkan gejala kes rogol yang berlaku di negara dengan majoriti penduduk beragama Hindu tersebut. Prihatin akan keadaan itu, tiga mahasiswa kejuruteraan di India mereka pakaian dalam anti-perkosaan.

Pakaian dalam anti perkosaanPakaian dalam berupa kutang atau biasa disebut dengan kemben ini dilengkapi dengan sensor tekanan yang dijahit di sekitar kawasan payudara sehingga dapat mengesan jika ada tangan yang cuba meraba-raba dengan kasar lalu menghantar sengatan yang kekuatannya sama besar dengan pistol setrum pada si peraba.

Yang tidak kurang hebat, produk ini juga mampu menghantar mesej kepada polis serta keluarga mangsa untuk memberitahu tentang adanya percubaan pemerkosaan yang dialami si korban.

Pakaian dalam yang diberi nama Society Harnessing Equipment (SHE) ini dicipta oleh tiga mahasiswa teknik dari Chennai, India setelah mendengar berita perkosaan kejam yang menimpa seorang mahasiswa fisioterapi berusia 23 tahun di New Delhi pada bulan Disember.

“Seseorang yang cuba menganiaya atau memerkosa seorang gadis akan mendapatkan sengatan seketika sensor tekanan yang ada di pakaian dalam ini diaktifkan,” kata salah seorang pencipta, Manisha Mohan seperti dilapor The Sun, Jumaat (4/4/2013).

Manisha menjelaskan alasan dia dan kedua rakannya, Niladri Basu dan Rimpi Tripathy memutuskan untuk meletakkan sensor itu setelah melakukan kajian dan mendapati fakta bahawa sebahagian besar wanita korban pemerkosan pertama kali diraba di bahagian payudaranya.

Wanita pengguna pakaian dalam ini sendiri akan terlindung dari sengatan elektrik kerana adanya pengasingan polimer yang terletak di dalam bra. Reka bentuknya sendiri telah disempurnakan oleh ketiga pencipta sehingga diharapkan produk ini dapat segera dipasarkan pada akhir bulan April ini.

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.