Ternyata ayam dapat melihat malaikat, sedangkan keldai tidak… mengapa?

Banyak sudah kajian saintifik yang membuktikan kebenaran sabda-sabda Nabi SAW secara ilmiah. Berikut ini adalah salah satunya. Nabi SAW bersabda:

“Bila engkau mendengar suara ayam jantan maka mintalah kurnia kepada Allah kerana ia melihat malaikat, sedangkan bila engkau mendengar ringkikan keldai, maka berlindunglah kepada Allah dari Syaitan kerana dia melihat setan.” (Shahih, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Kita sering kali mendengar hadis ini tetapi boleh jadi jarang memikirkannya dan tidak terlintas dalam benak kita untuk meneliti secara ilmiah mengapa itu terjadi.

Kemampuan sistem visual manusia di dunia ini terhad. Dalam hal ini justeru kalah dengan sistem visual keldai dan ayam jantan. Pandangan mata manusia terbatas dan tidak dapat melihat apa yang berada di bawah sinar infra merah atau di atas sinar ultraviolet.

Tapi kemampuan indera ayam jantan dan keldai melewati batas itu. Pertanyaannya sekarang, bagaimana keldai dan ayam boleh melihat syaitan dan malaikat, bukan sebaliknya?

Keldai itu dapat melihat dengan sinar infra merah, sedangkan setan sendiri berasal dari jin yang diciptakan dari api. Ertinya, setan termasuk dalam lingkup infra merah. Kerana itulah, keldai boleh melihat setan, tetapi tidak boleh melihat malaikat.

Adapun ayam jantan, ia mampu melihat sinar ultraviolet, sedangkan malaikat diciptakan dari cahaya, artinya dari sinar ultraviolet. Kerana itulah, malaikat dapat dilihat oleh ayam jantan.

Perkara ini menjelaskan kepada kita mengapa syaitan melarikan diri saat disebutkan nama Allah. Penyebabnya adalah kerana para malaikat datang ke tempat yang disebut nama Allah itu, sehingga setan melarikan diri.

Mengapa setan mengelak bila ada malaikat?

Jawapannya adalah kerana setan terganggu bila melihat cahaya malaikat. Dengan kata lain, jika sinar ultraviolet bertemu dengan sinar inframerah di satu tempat, maka sinar merah pudar.

Maha Besar Allah atas segala kuasanya …!

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.