“Terus Doa, Sabar dan Istiqamah. Walau ke titisan darah terakhir…” kata-kata yang mungkin keluar dari dubur Saiful.

Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Ketua Pembangkang berhubung kes liwat kali kedua, telah menjadi “mangsa kerakusan politik makhluk bernama (Datuk Seri) Anwar bin Ibrahim.” “Demi ALLAH, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Teruskan bacaan di sini.

jubur saifulBagi sesiapa yang keliru dengan isu ini, rentetan peristiwa di bawah dapat membantu.

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh ‘unit media’ yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah .

Teks sumpah beliau adalah seperti yang berikut :

“Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya”.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam.”

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Bekas Presiden Indonesia, alyarham Abdurrahman Wahid atau Gus Dur  menyatakan bahawa sumpah al-Quran yang dibuat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak selaras dengan hukum Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana, termasuk di Indonesia. Ini kerana orang yang menuduh tidak harus melakukan sumpah menggunakan nama Allah.

Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) berkata, kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus didengar di Mahkamah Sivil, malah sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman berlandaskan Islam diselesaikan.

“Kami berpendapat kes ini tiada kewajaran untuk didengar (sebab tiada empat saksi) dan ia juga hanya harus didengar di Mahkamah Syariah,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Nor pada sidang media di sebuah restoran di Seberang Jaya pagi ini, lokasi tidak jauh dari tempat pelancaran tema kempen Anwar pada pukul 11 pagi ini.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Tuan Guru Dr. Haron Din pula mempertikaikan sumpah laknat itu.  “Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan, bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh, tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh,” katanya.

Seorang penceramah bebas, Dato’ Dr. Fatma Az-Zahra mengatakan bahawa orang yang suka bersumpah adalah orang munafik.

“Mohd Saiful Bukhari Azlan yang pernah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak mencuci duburnya selama tiga hari selepas diliwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti itu telah kalah dalam perbicaraannya di mahkamah tetapi beliau terus berusaha gigih untuk mensabitkan DSAI. Untuk meraih simpati, beliau telah menukar ketrampilan diri dengan mempamerkan watak sebagai seorang yang warak dengan mewujudkan tanda sujud di dahi. Dalam penulisan beliau di blognya, dia juga cuba mempamerkan sikap tawaduk dengan senantiasa bermain-main dengan nama Allah.

Semasa perbicaraan, iaitu sebelum Saiful menjadi orang yang warak dan beriman, mahkamah telah diberitahu bahawa beliau telah menyimpan seluarnya di rumah tunang beliau untuk dibasuh oleh tunangnya.

Ekoran dakwaan hubungan sulit antara Saiful Bukhari Azlan dengan seorang timbalan pendakwaraya (DPP) yang bernama Farah Azlina yang menjadi salah seorang anggota pasukan pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahkamah telah menggugurkan  Farah Azlina serta merta.

Apakah reaksi Saiful dalam Facebooknya selepas perlucutan Farah Azlina?

“Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam”.

Hari ini, 8 Mac 2013, sebagai reaksi kepada tindakan ayahnya memohon maaf kepada DSAI dan keluarga beliau, blog Saiful dikemas kini  dengan ungkapan:

“Terus Doa, Sabar dan Istiqamah. Walau ke titisan darah terakhir…” kata-kata yang mungkin keluar dari duburnya. – mybabah

Tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.