Tips Mengambil Hati Suami Dan Isteri

Keharmonian rumahtangga terletak di tangan kedua-dua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu sama lain, bertolak ansur dalam apa jua keadaan, insyaAllah rumahtangga anda akan sentiasa aman dan bahagia. 

Tips Mengambil Hati Suami Dan Isteri

Tips mengambil hati suami

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami. Sentiasa menjaga kecantikan diri seperti masa berkasih-kasih dahulu.

2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.

3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa perlu disuruh.

Tips mengambil hati isteri

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda

2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.

3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta

4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.

5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan

p/s : Jom LIKE dan SHARE :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

banner onexox
Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers:

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Tone Plus Jana Pendapatan