Tips untuk Lelaki Agar Pasangan Lebih Mudah Capai Orgasme

Membuat pasangan mencapai orgasme adalah kebanggan tersendiri bagi lelaki. Tapi masalahnya, tidak setiap masa mereka boleh melakukannya. Jadi ada kalanya prestasi itu hanya diraih kerana nasib semata. Padahal sebenarnya ada helah yang boleh membantu.

Tips untuk Lelaki Agar Pasangan Lebih Mudah Capai Orgasme

Bagi wanita, ada banyak perkara yang membuatnya kehilangan ghairah, juga ada banyak perkara yang boleh mengganggu sehingga tak boleh mencapai orgasme. Oleh kerana itu, sebenarnya faktor psikologi banyak mempengaruhi keadaan percintaan wanita.

1. Menyembur wangian
Di antara pancaindera manusia, deria bau adalah yang terkuat dalam kaitannya dengan fungsi seksual wanita. Haruman apapun yang berbau jantan dan menyerupai testosteron akan membuat libidonya meninggi. Terkadang bedak bayi boleh mempunyai kesan yang sama.

Kerana bahagian otak yang memproses sensasi bau, seks dan memori terletak berdekatan, maka aroma berbau ghairah akan meninggalkan kesan yang paling lama. Begitu hafal dengan bau tubuh yang membuatnya dimanja, wanita akan mudah terbuai jika mencium bau yang sama kedua kalinya.

2. Hangatkan kakinya
Kaki yang hangat dapat banyak membantu seorang wanita untuk merasa selesa. Sayangnya, tidak ramai lelaki yang memahami pentingnya kaki yang hangat bagi wanita untuk dapat mencapai orgasme.

Menurut para ilmuwan Belanda di University of Groningen, kemungkinan seorang wanita untuk mencapai orgasme meningkat 30 peratus apabila kakinya dalam keadaan hangat. Cubalah mengurut kaki pasangan dengan gel yang hangat, fokuskan pada bantalan jari kaki dan sela-sela jari.

3. Foreplay
Foreplay amat penting sebelum mula bercinta. Bahagian paling sensitif pada wanita yang boleh dirangsang adalah klitoris. Selain G-Spot, bahagian ini merupakan salah satu bahagian yang paling banyak berkumpul hujung saraf. Dengan demikian, merangsang area ini dapat memperbesar kemungkinan untuk mencapai orgasme.

4. Cium sisi kanan tulang belakangnya
Sisi kanan tulang belakang wanita lebih sensitif berbanding sisi bahagian kiri, mungkin kerana sisi kiri otak yang merupakan sisi logik mengawal tubuh bahagian kanan. Menciumi dan membelai lembut bahagian ini boleh membuat wanita berasa selesa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

banner onexox
Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers:

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.

Tone Plus Jana Pendapatan