Tolak ajakan berjimak, wanita tikam mata teman lelakinya dengan pisau

King WoolforkSeorang wanita didakwa atas kes cubaan membunuh dengan cara menikam mata kekasihnya kerana menolak ajakannya berhubungan seks pada pukul 4 subuh.

Berdasarkan pernyataan tertulis, La Crystal King-Woolfork, 28, marah setelah kekasihnya menolak ajakannya di rumah mereka di Vero Beach, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut kata si kekasih, King-Woolfork pulang ke rumah dalam keadaan mabuk pada 27 September dan mengajaknya berhubungan intim.

Namun, ketika dia menolak, wanita berkulit hitam tersebut mengambil pisau dari bawah tilam kemudian menikam kekasihnya, lalu si lelaki pun melarikan diri.

Ketika lari menyelamatkan diri, si lelaki meminta bantuan orang lain untuk menghantarkannya ke hospital.

Pisau yang digunakan King-Woolfork diterangkan sebagai sebilah pisau pemotong yang besar.

King-Woolfork sendiri, menafikan telah menikam mangsa, namun kemudian mengakui telah memukul korban beberapa kali menggunakan besi.

Ketika siasatan di pejabat sheriff, King-Woolfork mengakui bahawa ketika dirinya memasuki bilik tidur teman lelakinya, dia dan seorang teman wanitanya mula mempertontonkan adegan-adengan seks, sementara teman lelakinya menontonnya.

Ketika King-Woolfork mengajak teman lelakinya untuk turut serta, si lelaki menolak.

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.