UNIK ! “oooo..dia pakai ekzos buluh rupanya…
Sesuatu inspirasi memang boleh datang pada bila-bila dan di mana saja. Seperti yang dilakukan oleh lelaki dari Chongzuo, Guangxi Zhuang, China. Fang Jen yang memasang ekzos pada motornya dari buluh. Kerana Fang tidak mempunyai banyak wang untuk membeli ekzos terpakai ataupun baru. Jadi sebagai alternatif untuk motor kesayangannya dapat tetap digunakan Fang menggunakan buluh.
p/s: Buat anda diluar sana yang mungkin inginkan kelainan bunyi pada motorsikal masing-masing bolehlah mencuba kaedah ini. Tak cuba tak tau, bak kata Sudin, “oooo..dia pakai ekzos buluh rupanya, patutlah bunyi pom pom kuat sangat”… selamat mencuba.












Fang Jen mesti pernah tengok cerita PRamlee ni, dapat idea bila Sudin kata ” Ooo dia pakai eksos buluh”….