[Video] Anak Tikam Ayah, Kemudiannya Potong Tangan Sendiri Dengan Gergaji

Pertengkaran dalam keluarga adalah perkara umum. Namun ada yang tidak biasa jika pertengkaran itu berakhir dengan pertumpahan darah. Ayah dan anak di California AS, Gregory Dunn dan Jason akhirnya dikejarkan ke kospital kerana kecederaan parah.

Anak Tikam Ayah, Kemudiannya Potong Tangan Sendiri Dengan Gergaji

Dipetik dari laman CNN, Rabu (19/8/2013), ayah dan anak itu dijumpai polis di sebuah jalan di Shasta County, California pada Selasa 18 Jun, petang waktu setempat. Si ayah terbaring di jalan bermandikan darah, sementara anaknya berdiri berdekatan dengannya dengan bahagian tangan yang telah putus dan berlumuran darah.

Menurut polis, berdasarkan keterangan dari Gregory dan Jason, awal insiden berdarah itu terjadi kerana bertengkar mulut pada mulanya. Lalu diluar kawalan, si anak menikam tubuh ayahnya beberapa kali dengan gunting.

“Kemudian Jason Dunn memotong tangannya dengan menggunakan gergaji,” kata Detektif Sheriff Will Gardner melalui keterangan bertulis.

Keduanya dikejarkan ke rumah sakit terdekat dengan ambulans berasingan.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.