Wanita Terperangkap dalam Perigi Selama 15 Hari…

Seorang wanita di China berjaya diselamatkan setelah terperangkap di dalam perigi selama 15 hari. Wanita ini bertahan hidup dengan makan bonggol jagung dan minum air hujan.

Perigi ini mempunyai diameter 1 meter dengan kedalaman 4 meter. Walaupun kering, dinding bahagian dalam perigi ini sangat licin sehingga sukar untuk dipanjat. Lokasi perigi ini tersembunyi kerana berada di tengah-tengah ladang jagung.

Terperangkap dalam Perigi Selama 15 Hari

Su mampu bertahan hidup dengan makan jagung mentah yang dia bawa ketika dia terjatuh ke dalam perigi. Selama dua minggu terperangkap di dalam sumur, Su menggunakkan air hujan yang turun sebagai air minum.

Keluarga Su menghabiskan masa berhari-hari untuk mencari di mana Su yang tidak juga pulang selepas mengambil tumbuhan perubatan. Namun pencarian tersebut tidak membuahkan hasil.

Hingga akhirnya, penduduk kampung mendengari teriakan Su ketika sedang menuai jagung.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.