Yang Pertama Kali Dilihat Lelaki dari Seorang Wanita

lelaki_wanita

PERTEMUAN seorang lelaki dan wanita tidak akan pernah disangka pada bila-bila masa bakal terjadi. Namun tanpa disedari, ketika seorang lelaki melihat wanita, sebenarnya ada beberapa perkara yang mereka perhatikan pertama kali. Bahagian manakah itu?

Ketika mata anda bertemu pandang dengan lelaki, sesungguhnya lelaki sedang menerawang ke sudut tertentu. Ya, dalam keadaan seperti ini, lelaki menggunakan masa tersebut untuk memerhatikan penampilan wanita yang dia lihat.

Jadi, dalam keadaan tersebut, tanpa anda sedari lelaki melihat butiran penampilan anda ketika itu. Berdasarkan terjemahan Times of India, berikut ini bahagian-bahagian yang lelaki perhatikan pertama kali dari seorang wanita.

Rambut

Anda tidak perlu mempunyai rambut panjang bagaikan seorang model iklan syampu, tapi sekurang-kurangnya rambut terurai sihat mampu menarik perhatian lelaki. Mereka berfantasi tentang menjalankan jari-jari mereka menyentuh rambut indah dan sihat anda.

Senyum tulus

Sebuah senyuman yang anda lontarkan secara tulus, boleh menjadi kunci jawapan bagi seorang lelaki dalam menilai anda. Pasalnya, lelaki pandai menilai jika anda mempunyai senyum yang tulus sama halnya menunjukkan keperibadian anda yang menyenangkan.

Nada suara anda

Kajian menunjukkan bahawa lelaki tertarik pada suara wanita yang lembut, kerana suara wanita boleh menjadi tanda-tanda yang boleh dipercayai oleh lelaki jika wanita tersebut mempunyai kesihatan reproduksi.

Pinggang

Jika pinggang anda adalah nyata lebih kecil daripada pinggul anda, ia melambangkan kesuburan. tanpa disedari lelaki dan wanita sebenarnya dapati ianya secara nalurinya.

Tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.