Zakar suami kurang bertenaga? Ini yang perlu anda lakukan

Tidak dapat dinafikan bahawa kadang-kadang, kehidupan seks satu pasangan tidak selalu berjalan seperti apa yang mereka harapkan. Beberapa masalah seks muncul, mengganggu kehidupan rumahtangga, dan sering menjadi penyebab utama kes perpisahan atau perceraian pada beberapa keluarga.

Salah satu masalah paling besar adalah ereksi yang tak kunjung tiba. Keadaan ini biasanya lebih dikenali dengan sebutan disfungsi erektil atau disingkat dengan DE. Untuk mengetahui penyelesaian dan rawatan mati pucuk, ada baiknya kita tahu terlebih dahulu punca utama keadaan ini.

Pada umumnya, disfungsi ereksi disebabkan oleh beberapa macam gangguan. Di antaranya boleh berupa gangguan psikologi, gangguan organ-organ tubuh, gangguan saraf, gangguan hormon, rangkaian ereksi yang rosak, masalah usia, hingga beberapa jenis penyakit.

Fakta bahawa keadaan ini tidak mempunyai penyebab tunggal menjadikan mati pucuk mimpi buruk bagi kaum lelaki.

Ini akan menyebabkan proses rawatan sulit dan rumit. Untuk mengatasinya, perlu dilakukan berbagai macam terapi, untuk mengatasi kemungkinan setiap penyebab yang menjadi sumber utama masalah mati pucuk tersebut.

Untuk treatment pertama yang harus dilakukan adalah mengesan penyebab dari mati pucuk pasangan anda. Jumpa doktor dan lakukan check up secara menyeluruh untuk melihat punca keadaan tersebut.

Apabila penyebabnya kerana gangguan psikologi, treatment terapi yang paling baik adalah dengan melakukan terapi psikologi atau bimbingan kaunseling, ditambah dengan mengambil ubat tranquilizer.

Berbeza treatment apabila penyebabnya adalah gangguan fungsi tubuh. Maka pengkonsumsian ubat sesuai dengan gangguan yang dialami (apakah saraf, pembuluh darah) boleh menjadi penyelesaian.

Apabila penyebabnya adalah kerosakan organ zakar, maka perubatan moden telah menjumpai penyelesaian canggih. Sebuah teknologi yang disebut dengan Protese boleh dipasang pada zakar. Alat ini boleh digunakan dan diselaraskan saat ingin melakukan hubungan. Untuk membantu terjadinya ereksi juga sudah disediakan alat vacuum.

Apabila masalah yang dialami adalah gangguan hormon, maka terapi hormon boleh menjadi penyelesaian utama. Penggunaan berbagai macam jenis ubat yang sesuai, tentunya atas nasihat dari doktor, seperti ubat kuat dan jamu boleh dilakukan.

Namun, berhati-hatilah apabila hendak memilih jamu atau ubat kuat. Kerana beberapa kes kebelakangan ini dijumpai ubat kuat-ubat kuat yang malah berbahaya bagi kesihatan.

Selain itu, penting untuk diingat apabila ingin melakukan terapi ubat, keadaan kesihatan si pesakit juga harus sangat diperhatikan.

Penyakit kronik seperti darah tinggi dan jantung harus dirawat secara khusus. Jika salah rawatan, rawatan DE malah boleh memburukkan keadaan penyakit kronik tersebut.

Dengan treatment yang tepat, keadaan ereksi yang tak kunjung tiba ini boleh diatasi. Untuk pencegahannya, perlu upaya menjalankan gaya hidup yang sihat dengan makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, serta memperbanyak aktiviti sukan.

Tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published.